Azrinaz Mazhar Hakim Muncul Di On Air

Azrinaz Mazhar Hakim muncul kembali di dalam dunia penyiaran, semalam nampak wajah Azrinaz dalam promo rancangan di On Air di Astro. Azrinaz 33, menyepi selama 7 tahun, selepas berhenti menjadi pengacara TV3 pada 2005. Beliau berkahwin dengan baginda Sultan Brunei dan diceraikan dua tahun lalu.Semalam memang rasa macam nak kenal je wajah yang muncul di kaca tv siaran On Air tu, rupanya betullah itu ialah pengacara tv3 dulu iaitu Azrinaz Mazhar Hakim yang kecil molek dan petah berbicara.  Beliau  menjadi juri jemputan dalam rancangan realiti yang diterajui oleh Aznil Hj Nawawi.

Azrinaz mendirikan rumahtangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan pada tahun 201o beliau berpisah atas sebab sebab tertentu.

Pihak Astro memberikan penghormatan kepada Azrinaz dan beliau juga sudi membimbing 20 perserta On Air yang bertanding. Azrinaz mempunyai 2 orang anak iaitu Putera Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

petikan dari Sinar Harian

 

 

Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pemilihan Azrinaz adalah kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan.

“Azrinaz, sebelum ini pernah dinobatkan sebagai ratu ‘Stand Upper’. Jadi pihak kami mengundang dia kerana bertepatan dengan konsep kita pada minggu ini.

“Kemunculannya hanya untuk satu minggu sahaja, di mana setiap minggu kami akan mengundang juri yang berbeza mengikut konsep pertandingan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Selain diundang menjadi juri, Azrinaz turut menyumbang tenaga sebagai pengacara bagi cabaran Stand Upper minggu ini.

Jelas Raqim, pihaknya sangat berbesar hati kerana Azrinaz sudi meluangkan masa bekerjasama menjayakan program ini.

On Air dikendalikan oleh dua pengacara popular tanah air iaitu Aznil Nawawi dan Datin Seri Normala Shamsudin sebagai pengacara tetap.

Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Artikel lain : Azrinaz Mazhar Hakim dicerai talak satu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Azrinaz Mazhar Hakim Muncul Di On Air”

  1. akubiomed says:

    Nampak beliau rindu akan dunia penyiaran.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold