Azmin Ali Saman Utusan 100juta Berhubung Dakwaan Skandal Seks

Masih lagi berkisar pasal isu hangat dalam dunia politik tanahair yang masih lagi tak lari dari cerita skandal seks dan lucah. Terdahulu akhbar dan tv menyiarkan berita serta gambar mengenai kisah skandal seks yang mendakwa orang itu ialah pemimpin pembangkang mirip Azmin Ali dan seorang wanita. Azmin Ali bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan dan membuat kenyataan balas bahawa dia bukan seperti yang didakwa oleh akhbar dan blog pro kerajaan.

Ummi Hafilda juga membuat kenyataan yang dia yakin 99.9 peratus lelaki yang bersama wanita dalam tandas itu ialah abangnya sendiri, Azmin Ali. Ummi mahu Azmin bersumpah laknat atau pun jika Azmin enggan dia perlu membuat laporan polis bagi membersihkan nama keluarganya dan membuktikan tuduhan skandal seks itu fitnah.

Hari ini Azmin Ali melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.

sumber: harakahdaily.net dan malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Azmin Ali Saman Utusan 100juta Berhubung Dakwaan Skandal Seks”

  1. akubiomed says:

    Saya sebenar malu hendak memberi jawapan apabila anak bertanya mengenai gambar-gambar yang meloyakan di muka hadapan. Pihak akhbar perlu prihatin pada masa akan datang.

    Saya tidak mahu meletakkan gambar seperti ini menjadi satu kebiasaan suatu hari nanti. :-(
    akubiomed recently posted..Juara didalam kehidupan saya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold