Almy Nadia Jalani Pembedahan dan Siapa Teman Barunya?

Pelakon Almy Nadia selamat menjalani pembedahan akibat Apendiks. Almy Nadia sudah sekian lama menangguhkan pembedahan kerana kekangan masa. Selain berita tentang pembedahannya Almy Nadia, dia  sekarang dikatakan sedang intim dengan seorang pelakon baru yang dikenali dengan nama Azuan Mazlan.

Almy Nadia dan Azuan Mazlan dikatakan selalu bersama di padang bila futsal. Azuan Mazlan ialah pelakon yang penah berlakon dalam Jersi 9, Si Jundai dan 6 Progresif. Menurut laman hiburan popular oh bulan, status Blackberry Messenger (BBM) Almy Nadia menyebut nama Azuan Mazlan.

Adakah Azuan Mazlan punca Almy Nadia dan Fizz semakin renggang?

Almy Nadia dan Azuan Mazlan

Dalam petikan di runagan BiPop, Almy Nadia meluahkan yang hubungan dia dan Fizz Fairuz sudah lama renggang.“Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan. Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media,” kata Almy.

Sekarang ini Fizz hendak berkahwin dengan Almy atau berkahwin untuk mencari populariti? Nampak seperti Fizz lebih serius dengan pihak media berbanding dengan Almy.

Selain itu, tambah menyedihkan apabila Almy meluahkan rasa kecewa yang amat sangat apabila Fizz melupai tarikh lahirnya serta Fizz tidak langsung mempelawanya ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang telah berlangsung pada 8 April lalu.

Menurut Almy, “Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja.  Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?.”

Kenyataan tersebut membuktikan betapa kecewanya Almy dalam perhubungan mereka yang mencecah usia tiga tahun itu.

Almy turut menyatakan bahawa Fizz hanya menghubungi Almy selepas beberapa hari dia memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, ABPBH 2011 sedangkan kenyataannya kepada media berbeza.

“Dia cakap pada wartawan, saya adalah orang kedua yang selepas ibunya iaitu insan yang dihubungi Fizz diumumkan menang dalam ABPBH pada malam 8 April lalu. Saya nak gelak mendengarnya, hakikatnya dia menghubungi saya beberapa hari selepas kemenangan itu,”

Panjang lebar lara hati Almy kali ini. Jelas menunjukkan segala isi hatinya. Eloklah jika Fizz duduk berbincang dengan lebih serius bersama Almy untuk mendapatkan kata putus supaya tiada pihak yang kecewa dan tiada pihak yang bertepuk sebelah tangan.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Almy Nadia Jalani Pembedahan dan Siapa Teman Barunya?”

  1. ProfHariz says:

    Almy nadia ni comel orgnya suka tgk dalam cinta emelda :)
    ProfHariz recently posted..Blog Hariz Berwajah Baru

  2. suri says:

    org tak suka baik kita cari irg suka kt kita tak gthu?
    suri recently posted..Kirimkan Gladiolus Jika Gila Bayang

  3. suri says:

    semoga dia cepat sembuh dah bahagia dg hhdupannya skrg..perit lah bila org tak ambil tahu hal kita walau seinci heee hata walau kawan sklipun..
    suri recently posted..Bila Keputusan Di Majukan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold