Aksi Ghairah Nora Danish Dalam Majalah GLAM Dikritik

Pelakon Nora Danish masih lagi berada di Mekah menunaikan umrah, ada cerita agak panas mengenai Nora Danish di sini, bukan kisah dia di Mekah tapi pasal dia bergambar ghairah dalam sebuah majalah fesyen, Glam. Dalam majalah tu, Nora bergambar dan beraksi dalam suasana macam dalam bilik tidur, bajunya terdedah di bahagian bahu higga ke dada. Gambar sexy Nora tu telah dipaparkan di sebuah blog hiburan dan mendapat kritikan hebat dari peminat dan orang ramai.

Gambar aksi panas Nora Danish ni untuk majalah Glam keluaran Mei dan Jun 2012, dan majalah berkenaan telah memilih Nora sebagai figura dalam ruangan Wanita Idaman. Dalam ruangan tersebut Nora akan menjawab dan bercerita tentang lelaki dari sudut pandangan dia.

Soalan kepada Nora tentang lelaki:

Dalam perkataan anda sendiri ..lelaki adalah…

jawapan Nora..lelaki seperti iklan, anda tak boleh percaya seratus peratus..

Lihat 3 lelaki pilihan Nora Danish..Josh Hartnett, Ronaldinho, dan Drake (Adi Putra tak masuk )

Peminat sangat suka sangat akan penampilan Nora dalam Tentang Dhia yang baik yang lembut dan bertudung sebagai gadis kampung, apabila melihatkan aksi Nora dalam majalah Glam ni..memang sudah pasti ramai yang tak senang dan tak sanggup melihat pelakon pujaan mereka bergambar begitu. Saya pun tak sanggup.

 

Apa agaknya jawapan Nora Danish nanti, mungkin kerana mengikut apa kehendak pengarah fotografi dan kehendak majalah berkenaan, maka dia beraksi begitu?

Itulah hakikatnya, pelakon akan melakonkan watak apa yang diberi kepada mereka, watak alim, watak gadis kampung, sebenarnya siapa mereka..mereka adalah pelakon. Apa saja artis buat dan lakukan di luar filem atau drama dan siapa sebenar diri mereka, kita sebagai peminat atau penonton tak dapat nak buat apa apa, cuma jika sayangkan pelakon pujaan anda, tegur dan berdoa lah yang baik untuk mereka, mana tau mereka akan berubah.

Sekarang pun di dalam negara kita tengah hot dan panas tentang isu skandal seks yang tak berkesudahan, ada saja gambar dan berita tentang yang lucah dan pasal seks di dada akhbar dan tv.  Tv dan akhbar menjadi tatapan bukan orang dewasa saja bahkan kanak-kanak dan remaja. Tak tau lah apa nak jadi..dalam politik dan hiburan pun lebih kurang sama juga.

 

Rusdi Ramli takut berlakon babak berahi dengan Nora Danish

GAMBAR Nora Danish dan Adi Putra menunaikan umrah

Emm terbaca di sebuah web hiburan, yang Nora Danish ada berdoa di depan Kaabah nak mendapatkan jodoh yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Aksi Ghairah Nora Danish Dalam Majalah GLAM Dikritik”

  1. akubiomed says:

    Mungkin ada benar teguran peminat kerana beliau dikenali watak-watak gadis sopan didalam drama Melayu.
    akubiomed recently posted..Juara didalam kehidupan saya

  2. Rizz says:

    apa jawapannya?? kita tunggu… tu pun kalau dijawab
    Rizz recently posted..Pada pendapat aku…

  3. shraqs says:

    Bila dah bergelar public figure, segala tindak tanduk diperhatikan. Besar tanggungjawab tu. IMO
    shraqs recently posted..Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme Percuma

  4. cik tom says:

    erkk memang sexy pic tue…
    cik tom recently posted..Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUM

  5. Kenapa la tunjuk badan tu… Apa best jadi suami hang kalau cantik abes tayang merata…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold