Zizan Razak Masuk Wad Kerana Radang Otot

Zizan Razak Raja Lawak dimasukkan ke wad Hospital Pantai Bangsar kira-kira jam 1.30 pagi. Zizan mengadu sakit belakang  yang teruk, waktu itu, Zizan sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak.

Doktor membuat pemeriksaan darah ke atas Zizan sebanyak 2 kali dan mengesahkan dia mengalami radang otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.

Doktor memberitahu Zizan terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Zizan sekarang banyak melakukan aksi lasak dan ganas dalam babak filem terbarunya.

Menurut pengurusnya Marina Juki ,  pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu ke enam nanti.

“Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di twitter dan Facebook. ZIzan sendiri tidak menyangka di tahan di wad untuk beberapa hari. Dia akan kembali aktif selepas pulih sepenuhnya.

“Sebenarnya, Zizan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan. Pun begitu, dia terpaksa berehat dan menghabiskan baki babak yang tinggal lebih kurang tujuh atau lapan hari lagi setelah sembuh nanti. Mengenai keputusan menyertai Super Spontan, ia tertakluk kepada keputusan sepenuhnya dari pihak doktor esok,”

Gambar terbaru Zizan ketika di wad

sumber : murai.com.my

 

Harap Zizan cepat sembuh, macam doktor kata terlalu banyak kerja Zizan mengalami sakit radang otot, maklumlah zekarang Zizan kan semakin popular , banyak job dan show, semua nak kena buat tentulah dia penat sangat. Kesian Zizan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Zizan Razak Masuk Wad Kerana Radang Otot”

  1. Mama Hanim says:

    Star tengah hot cm zizan mmg byk job kan..hopefully dia cepat sembuh n kembali aktif.. Suka tgk lawak dia.
    Mama Hanim recently posted..Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam Burger YB Yang Besar

  2. akubiomed says:

    Kesihatan perlu dijaga. Harap bro Zizan sembuh cepat.
    akubiomed recently posted..Menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold