Zahida Saman Ahli Parlimen Ampang Zuraida

Semalam ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin telah mendapat surat saman dari artis Zahida Rafik berhubung skandal dengan seorang menteri. Zuraida telah mendakwa Zahida terlibat dalam skandal serta menerima bayaran RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida telah menerima surat daripada Zahida melalui penguamnya bernama Datuk Seri Abdullah yang bertarikh 23hb April 2012. Kandungan surat tersebut menuntut Zuraida berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Selain itu, kandungan surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

 

“Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu
menyaman saya.

“Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?” soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Zuraida juga menambah, beliau akan membuat dakwaan dan memberi bukti kukuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini. Walaubagaimanapun, Zuraida enggan mengulas lanjut mengenai ‘bukti kukuh’ yang beliau ingin dedahkan.

sumber : Malaysia kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold