Tempoh Sah Baucar Buku 1 Malaysia Dilanjutkan Ke 30 April 2012

Pengumuman kepada semua pelajar IPT dan pemilik kedai buku, tempoh sah baucar buku 1 Malaysia telah dilanjutkan ke 30 April 2012.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.

“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.

“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini.

KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Tempoh Sah Baucar Buku 1 Malaysia Dilanjutkan Ke 30 April 2012”

  1. akubiomed says:

    Guna peluang untuk menebus baucer buku 1 Malaysia.
    akubiomed recently posted..Day 1: belajar buat produk halal Fish ball, Fish cake dan Nugget

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold