Skandal Artis Dengan VIP Status Menteri – Dapat 1.5 juta Dalam Masa 4 Bulan

Seorang ahli parlimen telah mendedahkan tentang skandal sulit seorang artis wanita/ pelakon dengan seorang VIP yang berstatus menteri. Menurut laporan portal Malaysiakini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit itu sudah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.

Menurut dakwaan ahli parlimen pembangkang itu lagi, artis wanita berkenaan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit

Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pertemuan VIP itu dengan pelakon wanita tersebut berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dakwa Noor Azman lagi, “Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 kepada saya dan pelakon wanita itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon itu.”

Sebelum itu, satu laporan akhbar telah disiarkan pada 3 Mac lalu apabila pelakon wanita tersebut mendakwa pemandu peribadinya telah melarikan wang berjumlah RM200,000 selepas diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

sumber: gua.com.my

 

Berita lain yang berkaitan:

Zahida Rafik pernah kehilangan RM200,000 apabila pemandu peribadinya melarikan wang berkenaan selepas mengarahkkan pemandu itu memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.

sumber – Harian Metro

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Skandal Artis Dengan VIP Status Menteri – Dapat 1.5 juta Dalam Masa 4 Bulan”

  1. Rizz says:

    huh ..mak cik kayooooooo.

    eh, pakcik lagi kayooo boleh kasi banyak banyak…dunia dunia…
    Rizz recently posted..I believe I can ski..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold