Sinopsis Filem Mencari Cinta Lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish

Filem arahan Syirin Khuzaimi dilakonkan oleh Nora Danish dengan Rusdi Ramli ini bergenre islamik dan lebih kepada komersil. Kisahnya tentang cinta selepas berumahtangga, dapatkah si isteri dan suami bahagia jika bercinta lepas kahwin. Antara pelakon lain yang turt sama berlakon dalam filem ni ialah Connie Ahmad dan Riezman Khuzaimi.

Filem yang sudah selesai pengambaran pada 8 April dijangka akan menemui penonton di pawagam pada Hari Raya nanti.

Filem ini untuk dicalonkan dalam 2 anugerah antaranya Woman Director Cannes Awards dan The Golden Awards of Montreux.

 

SINOPSIS Mencari Cinta

Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.

Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya.

Jodoh temukan Myra dan Razlan, disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.

 

 

Nora Danish berdebar lakonkan aksi romantik dengan Rusdi Ramli

“Dalam filem ini, Nora dipaksa berkahwin dengan lelaki lain selepas tunang Nora, Malek, cabut lari menjelang hari perkahwinan mereka. Myra kemudian terpaksa dijodohkan dengan Razlan, seorang jejaka kampung bagi menutup aib keluarganya,”

“Saya agak kaku, berdebar dan hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika melakonkan aksi romantik dengan beliau. Kami juga banyak gelak sewaktu buat aksi romantik itu. Masa berlakon, saya terfikir tentang keluarganya. Walau bagaimanapun, Nora ikut pasangan pelakon Nora, jika dia selesa, baru kami teruskan.

“Nasib baik Nora berlakon dengan Rusdi, dia seorang pelakon yang bagus, jadi Nora beruntung dapat bergandingan dengan beliau. Dia banyak membantu Nora. Selain abang Rusdi, Nora juga idam untuk berlakon di samping Eman Manan dan Faizal Hussein.”

 

“Selain itu, cabaran lain dalam filem ini ialah babak bangsal terbakar di mana Nora kena seorang diri duduk dalam bangsal itu. Nora takut dengan api sebab bangsal itu kecil dan bila mereka curah petrol, api naik atas dan masuk ke dalam bangsal. Mujur tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku.

 

sumber : gua.com dan facebook Mencari Cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold