Lagi sekali anak ND Lala, Shila Amzah ni dikritik hebat gara gara persembahan Shila dalam Mania baru baru ini, ada juga gosip yang mengatakan dia bergaduh dengan kekasih hati dan kerana nak melepas tension dia menari begitu di pentas. Rasanya gosip tu tak benar kerana Shila amzah dan Sharnaaz masih lagi mesra di twitter, mungkin itu andaian wartawan hiburan dan pemerhati yang melihat Shila di belakang pentas.
Walaupun tak menyebut nama artis Shila Amzah, ada juga cerita yang mengaitkan artis yang tengah hangat bercinta menangis di belakang pentas kerana dikritik hebat oleh peminat dan kabarnya artis itu tak tahan dengan kritikan pedas yang dilemparkan padanya.

Apa komen Shila Amzah tentang tarian ghairah dalam Mania ketika menyanyikan lagu Oops! I Did It Again nyanyian Britney Spears.
“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.
“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,”
“Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.
“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.
Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz, Shila berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya.
Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.
“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.
“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,”
sumber: sinar harian
Video Shila Amzah nyanyi lagu Opps I did it again di Shanghai
April 26th, 2012
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

a very thin to describe lucah ke ghairah sekarang ni…kalau kata ghairah ke apa ade saja pihak kata ok apa… urm,,,
Rizz recently posted..Disambut oleh peminat fanatik Chelsea..
hmmm seni yang menyeleweng !
mcm la artis lain x h buat
Terbelog recently posted..Gambar Kereta Mewah Milik Aaron Aziz Dan Zizan
macam-macam lah peminat industri hiburan malaysia ni…nampak tak kena dengan mata mereka je..habis dihentam
wandisini recently posted..Resepi Mee Goreng Mamak
aku ta layan cite mania ni. hoho..baik layan upin dan ipin..
titan recently posted..Komisen ke 4 dari TipsPTD.com
aku suka status ko bro.. . . hehehe.. kita serupa.. . aku layan doraemon.. ..
MDHAFiZ.NET recently posted..New Proton Preve 2012
aku pon x layan citer nih. Layan Kungfu panda lagi besh
kodinz recently posted..Tak Tahu Cara Nak Back Up Database Blog? – Cuba Tengok Sini
entahlah artis, apa2 yang tak kena mesti ada backup
Amirez recently posted..Dari KL ke KB
Shila kan menari mengikut rentak lagu tu..x ghairah pon.Uoll punya mindset yg x btl.Muhasabah dan cermin diri uoll sblm mengutuk dan menghina dia.Shila… be urself n be happy.Love u