Sheila Majid Tak Amalkan Botox Sebab Haram

Ramai artis nak kelihatan cantik dan muda sanggup suntik wajah mereka dan buat pembedahan. Antara artis yang kita lihat wajah mereka berbeza dari dulu, ialah Zahida Rafik, Nanu Baharuddin, Pian Cecupak..bengkak bengkak sana sini, tak tahu la apa yang disuntik. Kalau artis macam Ziana Zain dia mengakui ada buat suntikan kolagen bukan botox. Selain itu di negara kita siapa lagi yang terkenal dengan gelaran Ratu Suntik, kalau tidak Ifa Raziah. Ifa Raziah sampai kena masuk hospital sebab payudara dia terkena jangkitan kuman, gara gara pakai kolagen.

Datuk Sheila Majid, 47 masih lagi kelihatan awet muda dan cantik, adakah dia pun amalkan suntik suntik ni? Peminat bertanya kepada beliau apa rahsia dia selalu kelihatan muda dan cergas di pada majlis Minggu Setiausaha yang diadakan di Atmosphere 360, Menara KL baru baru ini, Sheila Majid memberitahu dia tak amalkan suntikan botox sebab botox diharamkan dan bahaya.
Kata Sheila Majid lagi, suntikan botoks mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh memberi kesan sampingan kepada semua wanita yang mengambilnya.

Kesan sampingan yang bahaya

“Kalau kita ambil botoks, kita tidak tahu apa akan jadi kepada wajah kita pada 20 tahun akan datang. Saya menasihati kepada anda semua tidak menggunakan botoks,”

“Saya mengajar anak-anak saya supaya mengambil makanan yang berkhasiat agar mereka membesar dengan sihat,”

sumber :malaysian digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold