Shafie Afdal Nafi Ada Hubungan Dengan Zahida Rafik

Sejak beberapa hari lalu, berita mengenai Zahida Rafik ada hubungan dengan seorang vip bertiup kencang, banyak blog blog politik secara terang menulis yang vip tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Bekas pemandu Zahida sendiri kemudian membuat laporan polis,  mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Ada ahli parlimen pembangkang juga membuat sidang media mempersoalkan menteri itu mendapat sumber dari mana hingga mampu memberi wang sebanyak itu kepada artis bernama Zahida.

Datuk Seri Shafie Afdal menafikan dakwaan dia ada hubungan dengan Zahida Rafik.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”

sumber: mynewshub.my

 

macam macam..pilihanraya dah semakin dekat ni..banyak yang pelik pelik keluar cerita ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold