Rusdi Ramli Takut Aksi Berahi Dengan Nora Danish Dalam Mencari Cinta

Filem Mencari Cinta menggandingkan Nora Danish dan Rusdi Ramli sebagai pelakon utama, selain itu Fauziah Ghous pun turut sama berlakon dalam filem ni. Mencari Cinta filem bergenre romantik diarahkan oleh pelakon Rizman Khuzaimi buat pertama kalinya. Sebelum ditayangkan di pawagam, sudah ada promo secara tak langsung mengenai filem ni, iaitu aksi berahi yang ditakuti oleh pelakon Rusdi Ramli apabila diminta oleh pengarah untuk melakonkan watak suami dengan Nora Danish.

Rusdi Ramli menerima tawaran berlakon dalam filem Mencari Cinta kerana baginya jalan cerita sangat menarik dan unik. Mengenai babak berahi Rusdi dengan Nora Danish, dia percaya pengarah ada sebab relevan kenapa babak itu dilakukan.

Tak boleh nak komen lebih lebih sebab filem ni tak ditayangkan lagi, kalau teruk sangat babak berahinya mesti lembaga penapisan filem kena potonglah kan. Filem Ombak Rindu pun ada kontroversi juga dan banyak babak berahi yang lepas untuk tayangan.

petikan dari gua.com.my

Mengenai babak romantik jelas Rusdi, pengarah mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong relevannya keperluan watak tersebut. Oleh itu dia terpaksa akur. Lagipun, sebagai pelakon sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi kehendak pengarah. Bagaimanapun Rusdi tidak mnafikan dia berasa risau dan takut melakonkan adegan seperti itu.

Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab”,

“Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka,

Mencari Cinta, filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates.

Rusdi turut memberitahu dia berasa bersyukur kerana walaupun sudah berusia 42 tahun, beliau tetap diberi tanggungjawab oleh syarikat produksi bagi menggalas watak sebagai hero. Apabila ditanya mengenai gandingannya dengan Nora yang 11 tahun lebih muda darinya, Pelakon Lelaki Terbaik FFM20 itu mengakui tidak mempunyai masalah berlakon dengan Nora.

“Alhamdulillah, orang masih menawarkan saya watak hero. Bagi saya, itulah untungnya pada saiz kecil. Ini kali pertama saya digandingkan dengan Nora dan saya rasa tak kisah serta tak ada masalah dia umur berapa tahun pun. Setakat ini tak ada masalah kerana ia adalah sebahagian dari kerja saya,” ujarnya lagi.

Kagum dengan bakat Nora Danish, tambah Rusdi, “Dia (Nora) seorang pelakon yang bagus, cuma peluang dia saja kurang. Orang hanya nampak dia macam watak Puteri saja. Masa dia berlakon watak menyampah, saya sebagai Rusdi Ramli memang menyampah tengok dia. Tapi sebagai Razlan, saya tak boleh menyampah dengan isteri saya”,

Ditanya apakah cabaran lain melakonkan watak Razlan selain melakukan aksi berahi dengan Myra, Rusdi memberitahu, “Cabaran lain ialah babak bangsal terbakar. Saya kena bermain dengan api betul. Bila melibatkan api, banyak perkara yang tak boleh dijangka, tapi Alhamdulillah tiada siapa yang cedera”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Rusdi Ramli Takut Aksi Berahi Dengan Nora Danish Dalam Mencari Cinta”

  1. Rizz says:

    promosi ler tu…
    Rizz recently posted..MAS:Adakah angkara sabotaj?

  2. Norizwan says:

    steady ler…
    Norizwan recently posted..Berkahwin dengan Lelaki Kacak

  3. titan says:

    aku suka tengok kalau rusdi ramli ni berlakon. ada seninya.
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari TipsPTD.com

  4. MDHAFiZ.NET says:

    lama dh aku tak tengok tv.. . huhuw.. . .
    :) :)

    baru balik bercuti blogging…. :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..New Proton Preve 2012

  5. MDHAFiZ.NET says:

    aksi berahi.. .. mcm xde modal laen.. .. . cuba buat cite lain dr lain… baru best.. . :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Permohonan Program Ijazah Luar & Dalam Negara Tajaan MARA 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold