Rita Rudaini Tak Setuju Permohonan Cerai Oleh Aidil

Dalam akhbar utusan sejam yang lalu, mengenai berita terkini kes cerai artis Rita Rudaini  dan Aidil Zafuan.

Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Rita yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju dengan permohonan itu berikutan dia dan Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah mereka empat bulan lalu.

Pelakon Rita Rudaini,tidak bersetuju untuk bercerai dengan Aidil Zafuan, 26, kerana suaminya  tidak dapat memberikan alasan yang kukuh, mengapa mereka perlu berpisah.
“Selepas pihak plantif iaitu Aidil keluar dari rumah, selama empat lebih bulan tidak balik, tidak ada perbincangan dibuat secara terus mahupun tidak langsung iaitu secara maya dengan anak guam saya. Jadi perceraian ni kalau dipersetujui ia satu perkara drastik dan tidak adil kepada anak guam saya. Kerana demi anak-anak, anak guam saya masih mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan”, kata penguam Syarie Dato’ Mohd Zaidi Hj. Mohd Zain selaku penguambela yang mewakili Rita Rudaini.

Aidil dan Rita menjalani prosiding sebutan kes tuntutan lafaz cerai, di Makahamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi alasan yang diberikan pihak plantif adalah disebabkan mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan tidak serasi antara satu sama lain. Dan alasan itu disifatkan sebagai remeh.

“Anak guam saya cuma mahu meyakinkan dirinya bahwa kalau bercerai biarlah berbaloi dengan alasan yang kukuh. Dengan alasan sebegitu yang diberikan oleh plantif tidak cukup memuaskan hati anak guam saya. Dah kahwin, anak dua tiba-tiba ada alasan sebegitu. Walhal tanggungjawab sebagai suami ini lebih besar dan sesebuah perkahwinan bukan untuk satu jangka masa yang singkat”, ujar Mohd Zaidi.

Tambahnya jika berlaku penceraian, seeloknya perkara yang berkait tentang hak selepas penceraian, perlu diselesaikan. Malah satu surat  berkenaan tuntutan selepas perceraian telah diberikan dan diterima oleh peguam Aidil. Antara tuntutan hak yang dikemukan ialah penjagaan anak, lawatan anak, hak bersama dengan anak juga berkenaan dengan mut’ah, nafkah tertunggak dan nafkah edah.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut bagi melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Rita memberi komen ketika ditemui media:

“Allah dah tetapkan perkara ini cuma saya nak tahu atas sebab apa dia menuntut penceraian ini. Jika betul dia nak bercerai, kenapa tunggu sampai empat bulan. Sebenarnya hati saya dah kebas dan lali kerana sebelum ini pun perkara ini pernah berlaku, namun siapa tak nak perkahwinan mereka kekal, siapa yang nak kan penceraian. Saya sayangkan perkahwinan dan anak-anak saya,”

Ini kali ketiga dia keluar rumah. Sepatutnya saya yang perempuan lari balik rumah emak, tapi ini dia. Dulu masa awal-awal kahwin kami susah dan kena macam-macam, kenapa boleh berbincang, tapi bila nak cerai, kena lari-lari. Buat apa saya nak nasihat dia dan nak atur hidup dia. Bagi saya dia ada akal, dah besar dan dah ada dua anak, jadi sepatutnya dia lebih matang.

“Jika benda ini tak ada campur tangan, ia tak akan jadi macam ini. Sebelum dia keluar, dia terkantoi dengan saya apabila beritahu kakak sulungnya telah mengatur rumahtangga dia. Dulu masa nak terima dia, dia dah janji dan sumpah depan saya serta ibu yang dia tak akan bagi lagi keluarga masuk campur. Sebagai suami, dia perlu bertanggungjawab dan kena selesaikan masalah dalam rumah. Bagi saya, dia tak ada pendirian tetap, itu yang buat saya kecil hati.

“Apa-apapun, daya harap benda ini berjalan dengan lancar. Apa saja keputusan, saya terima dengan redha. Cuma saya ingin tegaskan, apa saja berlaku, saya akan tetap ‘fight’ untuk anak-anak,”

sumber- UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Rita Rudaini Tak Setuju Permohonan Cerai Oleh Aidil”

  1. Norizwan says:

    semoga hubungan mereka baik kembali…
    Norizwan recently posted..Potrait dari mainan askal mainan

  2. yatie says:

    hendaknya keluarga menjadi pendamai bukan memecahbelahkan hubungan rita aidil…kesian anak2

  3. hatiputera says:

    kena bagi alasan yang kukuh kenapa dan mengapa
    hatiputera recently posted..RITA RUDAINI MINTA ALASAN CERAI

  4. rahman says:

    kuasa cerai di tangan suami.. saya puji aidil kerana tidak ceraikan isterinya sesuka hati walaupun di provokasi secara melampau oleh rita

  5. yas says:

    Hanya Allah shj yg tahu kisah sebenar mereka….kalau dpt bersatu kembali lg bagus…tp gayanya mcm susah jerr
    yas recently posted..GAJI MINIMUM – RM900

  6. fida says:

    apa yang rita ni nak sebenarnya..mahu cerai atau tidak????..bile adil failkan cerai die kata xnak cerai..so bile aidil dh tarik balik..die macam nak cerai plak..pelbgai statement dikuarkan..bukankah lebih memburukan keadaan hubungan mereka..wahai rita..pikirlah dahulu kemudian baru buat statement k…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold