Rita Rudaini Bakal Tuntut Hak Nafkah Anak-anak Daripada Aidil

Selepas Aidil membuat kenyataan mahu menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada Rita, kini timbul pula isu Rita mahu menuntut nafkah anak-anak yang selama ini diabaikan oleh Aidil. Dalam laporan Berita Harian, Rita berkata Aidil ialah suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Jumlah nafkah yang bakal dituntut itu tidak dinyatakan kerana ianya terlalu peribadi. Nafkah itu meliputi dari tahun mereka bernikah iaitu tahun 2008 hingga sekarang.

“Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini.

“Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.

“Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.

“Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan.

“Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola.

“Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan.

“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,”

sumber : Berita Harian online

 

Sebelum ini juga berita mengenai kenyataan Aidil Zafuan yang menyatakan dia bukannya tidak waras hingga nak mengabaikan nafkah anak-anak. (baca sini)

nampaknya isu ini akan berlarutan lebih panjang lagi..ini bukan tuntutan pertama yang dibuat oleh Rita Rudaini, pada tahun 2010 pun Rita ada membuat kenyataan yang Aidil bukan suami bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mahu menuntut hak nafkah anak-anak. Pada tahun itu juga Aidil ada menfailkan sulh (perbincangan ) di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Rita Rudaini Bakal Tuntut Hak Nafkah Anak-anak Daripada Aidil”

  1. yas says:

    Buat je la apa yg patut rita…kenkadang kesian gak nengoknya
    yas recently posted..PERADUAN IPUNYA BUY AND MENANG – P1 WIMAX

  2. mamaloveyou says:

    bykkan sabar ya rita….kaum wanita selalu teraniaya…..
    kita serupa…semoga tabah ya …take care :D

  3. nana (@nanacomei) says:

    tuntut juga nafkah batin yg diabaikan. tuntut dlm bentuk gantirugi kewangan. kalau tk ada cara nk sukat, sukatlah lebih dr kebiasaan lelaki melanggan pelacur kelas atasan. kerana status isteri lebih tinggi dr pelacur. maka harga nya lebih tinggi. lelaki haramjadah perlu diajar. takkan nk biar lelaki jongang mcm roslin hashim saja hantam pompuan. siutlah undang2 kalau tk boleh kira!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold