Remy Ishak Jadi Komando Dalam Filem Bravo 5

Remy Ishak sekarang sanggup merubah penampilan diri menjadi ala ala tentera, dengan gaya rambut skinhead, dan  menjalani latihan ketenteraan di Kem Sungai Udang Melaka  semuanya kerana nak menghayati watak sebagai Leftenan Azri dalam Bravo 5. Pengambaran sudah bermula pada 14 april lalu. Antara pelakon yang turut sama berlakon di samping Remy ialah, Beto Kusyairi dan beberapa pelakon baru.

Sudah lama kita tak melihat filem ketenteraan macam filem Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman dulu yang ditayangkan pada tahun 2000.  Kali ini anak kepada pelawak Zami Ismail, iaitu Mohd Latiff Zami atau Yeop Hitler menjadi pengarah filem Bravo 5.

Bravo 5 bukan dari kisah benar macam Leftenan Adnan cuma ia diadaptasi dari sebuah tragedi kisah benar yang berlaku pada tahun 1980-an.

Latihan tentera Remy Ishak

Selama 1 minggu Remy Ishak menjalani latihan ketahanan mental dan fizikal, dia kena bersedia dengan pakaian tentera lengkap seawal jam 7 pagi dan latihan tamat jam 7 malam.

“Seawal jam 7 pagi hingga 7 malam, kami yang lengkap berpakaian tentera sudah bersiap sedia menjalani latihan asas ketenteraan seperti taktik serang hendap dalam hutan dan cara memegang senjata ‘cobain’. Pada sebelah malam pula diadakan demonstrasi cara penggunaan senjata dengan betul.

“Selepas melalui semua proses yang sangat sukar ini, saya harap ia dapat membantu persembahan saya dalam Bravo 5,”

Penghayatan watak dalam Bravo 5.

Remy Ishak tidak mengalami masalah dalam menghayati watak seorang tentera di dalam filem ini, kerana ayahnya dulu merupakan seorang tentera, jadi dari segi cara percakapan dan bahasa tubuh dia sudah cukup faham.

“Dari segi karakter, saya rasa tidak begitu sukar kerana ayah saya dulu seorang tentera. Jadi perwatakan seorang tentera dari segi bahasa tubuh dan percakapan, boleh dikatakan saya sudah faham.

Remy Ishak membawa watak Leftenan Azri, ketua Ronda Kumpulan Kecil (RKK). Azri seorang yang merendah diri, namun ada ketegasan dalam sifatnya yang lembut dan  menghormati orang bawahannya.

Gambar Remy Ishak menjalani latihan ketenteraan

Remy dan Beto Kusyairi – Bravo 5

 

 

Drama dan filem baru Remy Ishak -

Drama Cinta Dalam Hati 13 episod akan ditayangkan di RTM

Filem Jiwa Taiko  akan ditayangkan pada 14 Jun 2012

Drama Cinta Jangan Pergi – tv9

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Remy Ishak Jadi Komando Dalam Filem Bravo 5”

  1. Norizwan says:

    perhh….saya suka giler lihat komando ni….saya ada kawan dulunya periang ceria…sekarang bila dah join komando 69 ni…uih ukan main garang lagi…serius…
    Norizwan recently posted..Nugget termahal di dunia

  2. Rizz says:

    selamat menontonlah ye nanti..
    Rizz recently posted..MAS:Adakah angkara sabotaj?

  3. akubiomed says:

    Wah walaupun beliau berpakaian celoreng tetap segak.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012

  4. Juan says:

    x sabar nak tengook, baru ada kelainan dan perkembangan filem kita, asik asik komedi ngan hantu jer
    Juan recently posted..Google Snippet untuk Blog Wanwidget

  5. zaidee says:

    Dah berapa la dok tunggu cerita askar, banyak yang hampeh,drama INSURGENSI contoh drama ketenteraan yang baik, asli,logik,benar dan ikhlas bolehlah dikatakan The Pacific atau Band Of Brothers Malaysia, malang sekali hanya ditayang di RTM setakat 4 episod saja sedih amat sedih.
    Cerita Bravo 5 ni ada yang kata berlatar belakang zaman insurgensi dan macam-macam lagi (aku yang tak tau atau pemberita yang salah) tapi kalau zaman insurgensi, buat lagi penyelidikan dulu, askar dulu, asakra dulu tak pakai loreng macam sekarang, lagi satu, tahun 70an, NURI mana ada Radar Dome,heh heh lawak lawak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold