Qi dan Yuna Dah Sedia Untuk Bertunang

Peminat sudah tahu yang Yuna sedang bercinta dengan Qi atau nama sebenar Qushairi Razali pelakon dan pengacara serta bekas pemain drum kumpulan OAG. Qi akhirnya mengakui memang sudah lama memasang hasrat untuk meminang Yuna kekasih hatinya tu, tetapi masing-masing sibuk dengan kerjaya maka hasrat tu terpaksa ditunda.

 

Pastinya peminat Yuna gembira mendengar berita ni kan, tak lama lagi Yuna dan Qi akan betunang. Kata Qi, mungkin 1 atau 2 tahun lagi mereka akan lebih serius berbincang mengenai hal tersebut, lagipun dia sedar yang umurnya semakin meningkat dan memang sudah sampai masa untuk berumahtangga.

 

“Umur saya sudah meningkat. Pernah juga terfikir untuk menamatkan zaman bujang tetapi masing-masing sibuk dan kami berdua belum menetapkan waktu atau tempoh untuk kami mengakhiri zaman solo.

“Tetapi jika diizinkanNya dalam setahun dua ini saya akan cari masa yang sesuai untuk meminang Yuna.

“Niat itu sudah lama ada, cuma masa yang sesuai belum sampai,”

 

“Dugaan itu sudah semestinya. Apatah lagi masa tidak sama. Kadang-kadang saya baru balik kerja Yuna baru bangun tidur, tapi kemudahan sudah tersedia jadi kami gunakan untuk berhubung.

“Selalunya Skype menjadi medium kami berhubung dan tidak ketinggalan juga panggilan telefon.

“Paling tidak, dalam sehari mesti sekali bertanya khabar itu sudah cukup untuk melepas rindu.

“Saya tidak menggangap hubungan seperti ini susah kerana saya tahu Yuna berada di sana adalah untuk mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.

“Peranan saya adalah untuk memberi sokongan penuh terhadap minatnya itu,”

 

sumber: murai.com.my

p/s: jangan tunggu lama-lama, nanti lama lama dia diambil orang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold