Puteri Caroline Dapat Markah Tertinggi Kerana Persembahan Memukau

Semalam dalam Mentor 6 Puteri Caroline protege Ella ini memberikan persembahan terbaik dan mendapat markah yang tertinggi mengalahkan protege lain dalam Kumpulan B. Walaupun kali ini Caroline membawakan lagu berentak slow tetapi pemilihan lagu sangat sesuai dan dapat menguji kemampuan vokal Caroline.

Markah keseluruhan Puteri Caroline ialah 71, manakala Zatul protege Ogy mendapat 54 dan KJ protege Adam pula 52. Caroline berasal dari Kelantan ini berusia 20 tahun menyanyikan lagu Cinta di Hujung Jalan dan Rindu.Lagu Rindu Caroline berduet dengan Ella.

Caroline nampak selesa bila berduet dengan mentornya Ella, seperti membuat persembahan di sebuah pentas konsert. Dia juga bertuah kerana Ella telah membawanya ke Singapore membuat persembahan bersamanya di konsert Ella Awie 25 Mac 2012. Bertuah betul Caroline dapat Mentor macam Ella.

Ella dan Caroline di Max Pavillion, Singapore

Ella menafikan yang Caroline menumpang glamor dan aura ratu rock itu. Bagi Ella menumpang populariti tidak cukup jika Caroline tidak menunjukkan bakat yang ada. Datuk Ramli Ms sendiri memuji Caroline dan menganggap penyanyi dari Tanah Merah Kelantan itu ada aura sendiri dan boleh lagi dicungkil bakatnya yang masih tersimpan, dan dia sangat suka dengan sikap Caroline yang merendah diri. Begitu juga juri Dato Sharifah Aini mengakui Caroline memberikan persembahan yang baik.

 

Penonton selaku juri awam juga pasti terpukau dengan persembahan bersahaja Caroline dan memberikan markah penuh kepadanya.


Ella dan Puteri Caroline dalam Mentor 6 minggu ke 3

 

Artikel berkaitan:

Protege Puteri Caroline ada sesuatu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold