Proton Preve Bakal Dilancarkan Pada 16 April

Sedap betul nama Proton baru ni Proton Preve, apa makna Proton Preve ni ye, nama sangat unik. Mengiku kata, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baru Preve dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘bukti’ atau ‘memandang ke depan’ atau meramal dipilih bagi menggambarkan komitmen serius proton di masa depan.

Jika dulu nama konsepnya Tuah dengan kod nombor P3-21A, saya juga konfius dulu, ingatkan namanya Tuah, ternyata saya silap di situ. :)

Apabila dicari di google, nama Preve atau sebutannya yang betul ialah ‘preev’ dan bukan ‘preff’ atau ‘perve’. Huruf E juga diubah supaya memberikan keunikan pada Preve.

Ciri ciri dan gambar Proton Preve ini sangat elegan dan menepati syarat syarat antarabangsa, sangat terpukau dengan rekabentuk Preve ni.

Lihat gambar

 

lagi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Harga dan warna Proton PREVE

Preve akan ditawarkan pada harga RM62,000 seunit bagi versi standard, RM65,000 bagi versi sederhana dan RM75,000 seunit bagi versi premium.

Ia akan ditawarkan dalam enam pilihan warna, iaitu perak, hitam, putih, coklat, merah dan biru.

Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Preve menambah Preve akan mencatatkan jualan luar biasa berbanding model lain berikutan cirinya yang menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya dari segi standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

 

 

gambar dari fantastiko dan paultan.org

 

 

Artikel berkaitan: Proton Preve ada 4G dan video Proton Preve ( P3 21A)

 

sumber : berita harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Proton Preve Bakal Dilancarkan Pada 16 April”

  1. akubiomed says:

    Terlalu canggih teknologi yang digunakan untuk model baru Proton Preve ini.
    akubiomed recently posted..Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan

  2. APAN says:

    x sabar nak tunggu feedback pembeli nanti.nak beli sendiri x mampu lagi :)

    template baru nih…style :)
    APAN recently posted..Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis

  3. yas says:

    Berharap yg model ini bakal menjadi satu produk killer proton….
    yas recently posted..VIDEO TEASER PROTON PRE’VE & BEHIND THE NAME

  4. Juan says:

    wah dah pakai theme baru, nmpk lebih fresh
    Juan recently posted..Perhimpunan Bersih 3.0 Terbaru Pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka

  5. shraqs says:

    Kereta memang cantik, tapi bab guna elektronik semua tuh yang boleh buat pening kepala… kalau apa2 hal jadi. BTW, cantik theme baru ni. :)
    shraqs recently posted..Perkara Paling Penting Dalam Blogging Ialah …

  6. suri says:

    kelihatannya nampk luas tu hee..

    proton semakin hari semakin d percayai ramai

  7. Jamal says:

    Wah malam nie la ye..Memang x sabar dah nak test drive kete nie. Kalau berkenan boleh la angkat satu..hehe
    Jamal recently posted..Petrofac Engineering Services Jobs (Apr 2012)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold