Pelancaran Proton Preve 16 April 2012

Semalam berlangsung pelancaran Proton Preve di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Mines Resort. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipancarkan secara langsung di TV1. PM melahirkan rasa bangga kerana proses reka bentuk dan kejuruteraan Preve dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan. Proton Preve boleh didapati di semua bilik pameran di seluruh negara. Harga Proton Preve ditawarkan antara RM59,990 hingga RM 72,990.

Proton Preve (pre-vey) dalam 3 varian.

Preve didatangkan dalam 3 bentuk varian:

1. Standard Eksekutif transmisi manual – 5 kelajuan

2. Standard Eksekutif transmisi automatik dan- 1.6 CVT

3. Spesifikasi Premium transmisi automatik – 1.6 CVT Premium, CFE berkuasa Turbo Campro.

 

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik.

Sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

 

Harga Proton Preve

Prevé 1.6 Premium CVT: RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid)
Prevé 1.6 Executive CVT: RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid)
Prevé 1.6 MT Executive: RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid)

 

 

SPESIFIKASI Preve

  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
  • Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km

 

 

 

 

Warna Proton Preve

Preve ditawarkan dalam 6 jenis warna yang boleh dipilih iaitu

Blue Lagoon,

Fire Red

Genetic Silver

Solid White,

Tranquility Black

Elegant Brown

Jaminan : 5 tahun atau 150,000 km ( yang mana terdahulu)

 

6 jenis warna Proton Preve

 

 

sumber : Berita Harian, dan Paultan.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pelancaran Proton Preve 16 April 2012”

  1. akubiomed says:

    Kawan-kawan pejabat komen kenapa gear box Preve’ lurus tidak seperti gear box Exora berlekuk ada unsur keselamatan supaya tidak mudah anak kecil menolak gear.
    akubiomed recently posted..DiGi Best Prepaid memang best

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold