Nora Danish Tak Dapat Undangan Ke Majlis Nikah Jejai dan Fasha Sandha

Nora Danish bekas isteri kepada Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram Ramli memberitahu dia tak akan hadir ke majlis perkahwinan Jejai dan Fasha pada 27hb April ini. Selain dia tidak mendapat kad undangan, Nora Danish memberitahu dia tidak berada di Malaysia pada tarikh tersebut kerana akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah selama 13 hari.

Isu Nora Danish tak dijemput ke majlis kahwin Jejai

“Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,” ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem ‘Mencari Cinta’, di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.

“Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.”

“Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

 

Apa gelaran Fasha buat anaknya Rayqal

“Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.”

Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.

Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, “Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah.”

 

Ucapan Nora kepada Jejai dan Fasha

Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh kami tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.”

sumber: gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold