Natasha Hudson Kahwin Penyanyi Rap Carleed Khaza

PelakonNatasha Hudson, 30, menjadi ibu tunggal selama 4 tahun ni akhirnya akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan juga penyanyi Rap, Khalid Kamal atau nama komersilnya Carleed Khaza. Natasha Hudson pernah berduet dengan Khalid ni dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Perkahwinan Natasha dan Khalid akan berlangsung pada 15 April ni iaitu perkahwinan kali ketiga buat Natasha, setelah 2 kali gagal dalam rumahtangga.Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.

Kabarnya juga Natasha baru balik dari mengerjakan umrah. Selepas balik umrah terus dapat jodoh ye :)

Khalid atau Carleed bakal suami Natasha ni pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri

Menurut Natasha Hudson, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya mereka yang diundang, termasuk pihak media akan ke hari bersejarah itu.

Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.

Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.

Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.

Berita Natasha Hudson ingin mendirikan rumah tangga mula tersebar selepas dia pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.

sumber murai.com.my

Gambar Natasha Hudson dan Carleed

 

 

 

 

Kemaskini 15 april

Perkahwinan Nastaha dan Carleed

Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liyana Hudson, 30, sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah keluarga serta saudara mara kedua-dua belah pihak dan pihak media.

Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Natasha dan yang pertama buat Carleed

sumber:  Mstar online

gambar oleh gua.com.my

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Natasha Hudson Kahwin Penyanyi Rap Carleed Khaza”

  1. cik tikah says:

    semoga berbahagia :)
    cik tikah recently posted..Mereka dah besar!

  2. suri says:

    semoga kekal bahagian amin.

  3. akubiomed says:

    Selamat pengantin baru Natasha dan pasangannya.
    akubiomed recently posted..SENYAP Vol #1.1 menampilkan Altimet dan Bro Framestone

  4. yas says:

    Semoga jodoh mereka berpanjangan….aminnn
    yas recently posted..Siti Aziz & Wawa Zainal – Manisnya Bila Gadis Melayu Bertudung

  5. Sya Isya says:

    First time dengar lagu ni. Semoga mereka bahagia dan kekal sehingga akhir hayat
    Sya Isya recently posted..KAD KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI 27 APRIL 2012

  6. [...] gambar: Nurizspace, Rotikaya melalui Puteri Kasih, [...]

  7. Juan says:

    tahniah buat mereka
    Juan recently posted..Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold