Majlis Resepsi Fasha dan Jejai di Taman Tasik Timah Tasoh 27 Mei

Akhirnya bersatu jugak Fasha dan Jejai dan kini mereka bergelar pasangan suami isteri. Jika sudah ada jodoh, pasti akan bersatu walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Majlis perkahwinan mereka serba sederhana berlangsung di Windows On KL, Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 27 hb April 2012. Majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai akan dibuat pada 27 hb Mei ni di Taman Tasik Timah Tasoh Perlis.

 

Fasha dan Jejai juga memilih Pulau Redang sebagai tempat berbulan madu dan mereka akan ke sana pada awal Mei ni. Fasha sendiri tidak pernah pergi ke pualu yang indah tu.

 

“Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,”

Jejai ketika ditemui oleh pihak media, meluahkan perasaannya apabila bergelar suami kepada Fasha. Setelah 7 tahun berkenalan dan bercinta, kini Fasha Sandha menjadi milik Jejai akhirnya.

 

“Luar biasa perasaan ketika ini kerana akhirnya dia (Fasha) menjadi milik saya yang sah. Macam-macam detik yang kami lalui dan sepanjang itu juga, ia mengikat kasih sayang antara kami untuk terus mencintai dan percaya antara satu sama lain. Saya memang percayakan takdir dan jodoh, lantas keyakinan saya untuk impian membina hidup bersama berjaya direalisasikan.

 “Alhamdulillah dan saya sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana mendengar apa yang kami hajati. Doakan kebahagiaan mengiringi perkahwinan kami hingga ke akhir hayat,”

Jejai tak halang Fasha berlakon

“Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

“Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,”

Kenapa Fasha pilih Jejai

“Kami bermula sebagai sahabat dan kemudian timbul rasa sayang sebelum menyemai perasaan cinta selepasnya. Justeru, kami memupuk keserasian itu perlahan-lahan dan mengenali hati budi dengan sedalam-dalamnya. Kami berkongsi banyak minat dan persamaan membuatkan rasa selesa itu wujud antara kami sejak awal berkawan lagi.

“Rizal seorang yang bijak dan sentiasa positif setiap kali berdepan kesukaran. Menjadi sahabat dan orang paling rapat dengan saya, dialah rujukan buat saya terutama apabila saya sudah semakin serius menjalankan perniagaan salun kecantikan, Chinta Salon ketika ini. Kami banyak berbincang dan berkongsi pendapat tidak sekadar soal peribadi, namun dalam pelbagai perkara.

“Paling penting, dia menerima setiap kekurangan dan kelebihan saya seadanya,”

 

Fasha Sandha nak belajar memasak demi Jejai

“Alhamdulillah, Rizal seorang yang memahami dan sentiasa menyokong kerana dia tidak kisah untuk saya terus aktif berlakon. Cuma sebagai seorang isteri, saya akan lebih selektif memilih tawaran. Saya ingin menjadi pasangan hidup yang sentiasa punya masa dan ruang buat suami walaupun terikat dengan status selebriti.

“Cuma selepas ini saya akan pergi ke kursus memasak untuk menambah lagi ilmu dalam menyediakan makanan buat suami. Lagipun Rizal seorang yang kuat makan dan ingin jika kelapangan saya sendiri yang menyediakan juadah buatnya.

Jejai mahu anak

“Soal anak saya serahkan pada takdir dan rezeki. Jika kami diberikan awal, sudah tentu kami terima dengan penuh rasa syukur kerana Rizal mahukan anak secepat mungkin. Saya pula sudah sedia untuk menjadi seorang ibu dan melalui pengalaman mengandung itu.

“Mulai hari ini, semuanya berubah dan saya pasti akan menikmati setiap saat yang berlalu sebagai seorang isteri kepada cinta hati saya,

 

 

Video teaser pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

 

p/s : Fasha kena juga belajar masak untuk ambil hati ibu mertua…ala ala macam drama Menara Cinta..bawa mangkuk tingkat..mana tau sejuk hati mak mertua… maklumlah banyak halangan juga nak jadi isteri Jejai sebelum ni kan..ishh awat orang banyak sangat cari nama mak jejai pergi ke tak wedding Fasha nih..huhu..nak ambil tau sangat lah korang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Majlis Resepsi Fasha dan Jejai di Taman Tasik Timah Tasoh 27 Mei”

  1. faizfakhirin says:

    semoga dia bahagia jela selepas pelbagai kontradiktion meletus…hahahaha…parsha parsha.
    faizfakhirin recently posted..#DuitPalsu Nilaian yang Semakin Meningkat dan Merisaukan Bank Dalam Mengatasi Permasalahan Lambakan Counterfeit Money Pada Masa Hadapan

  2. yatie says:

    Semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke ahir hayat, jodoh ditentukan tuhan, sekiranya mmg dia hak kita, akan jadi hak kita juga.Sabar menghadapi dugaan, matanglah melayari kehidupan, amin.

  3. mirara says:

    Semoga berbahagia….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold