Lisa Surihani dan Yusry Jadi Guru Sertai Teach For Malaysia

Lisa Surihani dan Yusry dipilih menjadi selebriti yang menjayakan program yang dianjurkan oleh Teach For Malaysia(TFM) iaitu ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ sehingga 20 April ni. Memandangkan Lisa dan Yusry ialah selebriti dalam bidang hiburan, jadi mereka berdua ni mewakili bidang hiburan menyumbang tenaga untuk Teach For Malaysia (TFM) untuk menjadi tenaga pengajar atau kata lain menjadi guru. Banyak lagi sektor lain yang turut menyumbang kepada TFM seperti sektor perkhidmatan, kewangan, pendidikan dan perniagaan.

Lisa dan Yusry akan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Apa TFM ?

Teach For Malaysia ialah sebuah badan amal bukan mencari keuntungan yang menggembleng tenaga belia paling cemerlang negara dalam misinya untuk mengatasi ketidaksamaan dalam pendidikan.

Sejak Januari 2012 terdapat 50 felo dalam Teach For Malaysia. Felo-felo ini akan berkhidmat sebagai guru selama dua tahun di sekolah berkeperluan tinggi dan komited untuk mentransformasikan pencapaian kanak-kanak yang berlatarbelakang sosio-ekonomi rendah
dengan meningkatkan secara signifikan, pencapaian dan aspirasi kanak-kanak ini dalam pendidikan.

 

Anda berminat menyertai TFM?

Teach For Malaysia memerlukan graduan dan profesional cemerlang yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang unggul serta komited untuk bekerja ke arah menghapuskan ketidakseimbangan ekuiti dalam pendidikan.
TFM  mengalu-alukan pemohonan calon-calon muda Malaysia daripada pelbagai latar belakang akademik yang mempunyai kepercayaan mendalam terhadap misi TFM.

Jika ada yang berminat nak sertai TFM boleh layari laman web http://www.teachformalaysia.org

Dari maklumat di laman web TFM, mereka menerima hanya warganegara Malaysia sahaja, cekap berbahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Semua latihan dalam TFM dibuat dalam bahasa Inggeris dan kemudian Felo akan ditempatkan di sekolah yang ditetapkan.

Tenaga muda profesional  dan pelajar dalam tahun akhir pengajian peringkat prasiswazah atau siswazah digalakkan untuk memohon.

sumber: http://www.teachformalaysia.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Lisa Surihani dan Yusry Jadi Guru Sertai Teach For Malaysia”

  1. akubiomed says:

    Kalau untuk tujua baik apa salahnya.
    akubiomed recently posted..DiGi Best Prepaid memang best

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold