Lagu Lucah Julia Perez Diharamkan di Indonesia

Julia Perez 32, ialah penyanyi dan pelakon dri Indonesia yang terkenal dengan lagu dangdut, imej seksi. Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati memulakan kerjaya di Perancis. Namanya diletak Perez sebab dia pernah berkahwin dengan Damien Perez, bekas model dari Perancis. Julia kemudian bercerai dengan Damien dan mulai rapat dengan Gaston Castano pemain bola sepak Argentina. Bukan saja dia tampil dengan inej seksi tetapi menyanyikan lagu yang banyak unsur seks dan lucah keterlaluan. Antara lagu lucahnya yang diharamkan di negara seberang itu ialah Belah Duren, dan Paling Suka 69.

 

Menurut laporan yang dipetik dari detikHot, bukan sahaja lagu Jupe sahaja yang diharamkan, malah terdapat tiga buah lagu dangdut lain didapati liriknya mengandungi unsur lucah. Lagu tersebut adalah ‘Cinta Satu Malam’ nyanyian Melinda, ‘Pengen Dibolongi’ oleh Aan Annisha dan ‘Mobil Bergoyang’ dinyanyikan Lia MJ feat Asep Rumpi.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Wakil Ketua Suruhanjaya, Ezki Suyanto kepada media di Hotel JW Marriot Surabaya pada Ahad lepas.

“Kelima- lima lagu tersebut dengan rasminya kita akan haramkan pada 2011 setelah mendalami dan memahami lirik dan judul lagunya,” katanya.

Ezki mejelaskan bahawa pihaknya hanya melakukan pengharaman kepada judul lagu sahaja dan bukan kepada penyanyi yang menyanyi lagu itu.

“Yang kita haramkan hanya judul lagunya saja. Tapi kami akan memberi peringatan kepada stesen-stesen televisyen dan radio yang menayangkan agar lebih berhati-hati,”

sumber Yahoo

Julia Perez bukan saja menjadi penyanyi tetapi pelakon, antara drama atau sinetron yang melibatkan dirinya ialah Kemilau Cinta Karmila, Cinta Lokasi, Upin Ipin(Indonesia) dan banyak lagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Lagu Lucah Julia Perez Diharamkan di Indonesia”

  1. titan says:

    emm..dia ni lagi..
    titan recently posted..Disebalik kekacakan Denaihati..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold