Komen Aaron Aziz- Isu Kemenangan di ABPBH Dipertikaikan

Kelantangan Zed Zaidi di twitter dan facebook serta di blognya mengenai kemenangan artis luar yang dianggap satu ancaman dalam diam telah mengundang pelbagai reaksi dan komen. Walaupun Zed Zaidi tak menyebut nama siapa artis luar yang dia rasa tak puas hati tu..tak perlu sebut pun orang dah tau, paham paham je la ye..

Aaron Aziz mungkin dah tahu jugak kemenangan dia tu bukan semua orang suka, lumrah alam, ada yang suka ada yang tidak, dan tentunya tak boleh nak puas kan hati semua orang.

Komen Aaron Aziz juga umum di twitternya, bagi kepada yang tidak puas hati kepadanya dia tidak kisah..janji Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang cool sudah mengucapkan tahniah kepadanya.. kau ado??? ( tu saya tambah sendiri  heheh )

Tak baik dengki dengki ni..kalau dah rezeki dia nak dapat undian peminat, nak dapat barang kemas dan kereta..nak buat macam mana..

Kemaskini 10 April

Aaron Aziz komen kepada media mstar online:

“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

“Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,”

Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,”

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Komen Aaron Aziz- Isu Kemenangan di ABPBH Dipertikaikan”

  1. Norizwan says:

    saya setuju kata-kata bro Aaron ni….saya pun tambah juga la…ko ado…bukan sonang tau haha..
    Norizwan recently posted..Penawar Aids telah ditemui?

  2. akubiomed says:

    Apalah hendak-hendak dibisingkan. Industri kita kecil tidak perlu gaduh-gaduh dan tidak berpuas hati.
    akubiomed recently posted..Skodeng blog Bardboo yang nun di Perancis

  3. hazaika says:

    adui..aku pun tak sokong bila dia menang..tapi dah rezeki dia an…kalau kita letak zahiril,beto dan bront lagi layak..pilih antara mereka..berjuang bukan sebab nama…
    hazaika recently posted..saya sedia berkhidmat*

  4. APAN says:

    sembang lebat je dia nih.kan dah kena :)
    APAN recently posted..Kanzi – Tukang Masak Penuh Bulu

  5. rahimah says:

    mentaliti artis malaysia, mental ada, realiti dan quality tak dak….poyo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold