Kes Skandal Dengan Vip- Zahida Akan Ambil Tindakan

Zahida Rafik pelakon yang didakwa oleh ahli parlimen mempunyai hubungan sulit dengan seorang vip berstatus menteri kini bersuara. Di twitter miliknya Zahida menjawab persoalan dari peminat yang ingin tahu mengenai kesahihan dakwaan terbabit. Zahida berkata dia sudah berbincang dengan peguamnya dan ‘berita baik’ kepada orang yang menuduhnya akan diketahui tak lama lagi.

Beberapa hari lalu tanahair digemparkan dengan berita mengenai skandal Zahida dan seorang menteri , pemandu peribadi Zahida sendiri mendedahkan perkara itu kepada media.

 

“Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik,” ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.

Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.

Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.

“Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia,” kata Zahida.

sumber : mstar online

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kes Skandal Dengan Vip- Zahida Akan Ambil Tindakan”

  1. APAN says:

    papepun alasan, aku bukan percaya kata2 orang bergelar artis. tengok je la pa jadi :)
    APAN recently posted..Buatan Malaysia: 10 Gambar Kemalangan Kenderaan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold