Kes Pengacara Pijak dan Sepak Pelakon, Dira Menafikan Dia Terlibat

Sebuah laman web hiburan telah memaparkan laporan polis yang dibuat oleh seorang pelakon berusia 29 yang mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pengacara rancangan gosip terkenal. Ramai membuat spekulasi, pengacara rancangan yang dimaksudkan itu ialah Dira Melodi. Walaubagaimanapaun pengacara Melodi Dira menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes sepak muka pelakon di sebuah kelab hiburan.

Kalau dilihat nama dimerahkan tu sangat pendek dan nampak macam M E L O D I satu lagi perkataan yang digariskan merah tu.

petikan dari rotikaya.com

Lewat petang tadi, kami menerima sekeping kertas bersaiz A4 yang didakwa sebagai salinan kepada laporan polis yang dibuat secara rasmi.

Laporan polis ini adalah hasil laporan wanita berusia 29 tahun yang menjadi mangsa insiden sepak muka oleh seorang selebriti bergelar pengacara popular sebuah rancangan gossip di Malaysia.

Keterangan mangsa menerusi laporan ini menyebut kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 1 April 2012 yang lalu dan mangsa turut menyebut nama serta identiti selebriti itu selain menyebut program yang dikendalikan pengacara tersebut saban minggu.

Melalui media 24 jam yang lalu, pengacara yang di’kaitkan dengan insiden ini memberikan kenyataan menafikan sebarang penglibatan. Laporan polis yang kami terima ini menggambarkan situasi sebaliknya. (www.rotikaya.com)

 

Dira Nafi dia pijak dan sepak pelakon

Dira 28, pengacara Melodi dalam akhbar Utusan menafikan yang dia terlibat dalam kes sepak dan pijak pelakon baru baru ini. Mengaitkan namanya dalam insiden itu adalah satu kesilapan.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

“Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan,”

Ada beberapa rakan yang menelefon saya bertanyakan hal yang sama. “Mereka juga kurang yakin dengan khabar angin terbabit kerana tahu saya bukan jenis wanita yang suka memakai kasut bertumit tinggi,”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kes Pengacara Pijak dan Sepak Pelakon, Dira Menafikan Dia Terlibat”

  1. akubiomed says:

    Macam-macamlah. Sekarang sudah jadi kes polis.
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Mar

  2. APAN says:

    haha…masuk melodi plak la dia lps ni…selalu citer pasal org je…zizan angkat evo, dia angkat kaki lak :)
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #38 – Kalau Lelaki

  3. Norizwa says:

    ini suma donia hanya semata-mata….
    Norizwa recently posted..Lelaki Kacak memakai helmet "Full Face" sepanjang masa

  4. suri says:

    tutup mulutlah bgni…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold