Kes Bunuh Sosilawati:Patmanabhan dan 3 Lagi Diarah Bela Diri

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap peguam K Patmanabhan dan 3 lagi pekerja ladangnya  atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pada 2 tahun lepas.

berita dari Bernama:

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong manakala Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold