Kad Kahwin Fasha dan Jejai – Nikah 27 April 2012

Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan Jejai akan berkahwin pada 27 April ini, disebuah hotel di ibu kota, tetapi masih dirahsiakan nama tempat tersebut. Fasha ketika ditemui pada malam ABPBH, memberitahu kad kahwin sudah siap dan akan diedarkan dalam masa terdekat. Fasha meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan tempat majlis perkahwinannya atas permintaan pihak ibu bapa Fasha dan  Jejai.

 

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. “Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,”

apa kata Jejai…

Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata

“Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian,”

Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,”

Gambar kad kahwin Fasha Sandha

 

 

Tengok Fasha Sandha terbaru di majlis ABPBH tu, nampak dia semakin berisi..tu la makin senang hati kan, nak kahwin dah.. sedang mengira hari tu…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kad Kahwin Fasha dan Jejai – Nikah 27 April 2012”

  1. Norizwan says:

    makin comel fasha ni…:D
    Norizwan recently posted..Kisah cinta Zebra & Panda

  2. akubiomed says:

    Lepas ini Fasha jadi isteri orang kena patuh kepada suami. :-)
    akubiomed recently posted..AkuBiomed sudah buat business card

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold