Isteri Aaron Aziz Nafi Nama Sebenar Aaron Aziz Ialah Mat Haron Mustapha

Pelakon filem Ombak Rindu Aaron Aziz yang popular di Malaysia dan Aaron Aziz mencipta nama di negara ini dengan membawa nama Aaron Aziz. Nama dia unik dan ada nilai komersil. Itu nama betul dia ke? Pasti ramai nak tau kan. Ada pihak cuba mengorek rahsia nama sebenar Aaron Aziz, telah kecoh di blog blog dan forum hiburan yang memaparkan kad pengenalan Aaron Aziz dan nama sebenarnya ialah

Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha. Menjadi bahan lawak juga kerana nama itu dianggap kelakar dan tak komersil.

Penafian isteri Aaron Aziz

Hari ini isteri Aaron yang juga pengurusnya menadikan dakwaan pihak terbabit yang mengatakan nama Aaron ialah Mat Haron. Aaron tidak dapat memberikan kenyataan balas kerana dia sedang demam dan kena rehat.

“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

“Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

“Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya,”

Kata isteri Aaron , mungkin isu ini sengaja diada-adakan untuk suka suka.. mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

Macam macam lah..sampai ke nama Aaron Aziz sebenar pun orang nak ambil tau ye, hehehe..anda percaya pada dakwaan forum hiburan itu atau kepada isteri Aaron Aziz?  penjelasan sudah diberi, mungkin ada yang tak puas hati nak tgk sendiri passport Aaron Aziz kot..atau nak dgr dari mulut Aaron Aziz?

Mat Haron April Fool.

Sudah telah pun saya jengah sekejap forum cari tu..rupanya memang betul lah cerita nama Mat Haron ni hanya rekaan semata-mata dan sebagai April Fool oleh forumer bernama Balbo tu..sengaja nak mengenakan orang saja :)  Portal hiburan pun terikut sekali terkena dengan lawak mereka tu…hahaha!! tipah tertipu bang…tipah tertipu…!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Isteri Aaron Aziz Nafi Nama Sebenar Aaron Aziz Ialah Mat Haron Mustapha”

  1. mimi says:

    salam nuriz…lama tak singgah blog nuriz…. maaf..
    mimi recently posted..Perkembangan Park Domain

  2. Amirez says:

    tak patut nama orang dibuat main
    Amirez recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

  3. donnyien says:

    mengaibkan org lain..x baek 2
    donnyien recently posted..Download Thesis Themes WordPress percuma | DIYthemes

  4. Kecoh betul hari ni pasal benda ni hari ni. Kesian kepada Aaron Aziz kerana namanya dibuat main. Harap benda macam ni tak berulang lagi.
    Hazmin Hamudin recently posted..Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran

  5. Juan says:

    adehhh, mcm mcm hal lah, ehehe
    Juan recently posted..April Fool – Unicorn Images in WordPress Admin Panel

  6. Norizwan says:

    agak2 ler april fool pun…nama orang dipermainkan…
    Norizwan recently posted..Jual makhluk halus di laman terkemuka eBay

  7. akubiomed says:

    Harap ia bukanlah lawak April Fool. :-)
    akubiomed recently posted..Minum kopi hanya berkesan untuk si pemalas

  8. chii says:

    seriusly chii tergelak baca isu ni..kadang2 kalau org da xde kerja..ni la yg terjadi…semua perkara nak dimainkan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold