Gempa Bumi di Acheh 11 April 2012

Terasa bergoyang goyang tadi masa tengah duk rehat rehat dengan keluarga, pakat lari habis keluar rumah, terus teringat kejadian pada pagi tahun 2004. Memang ramai merasai macam rasa pening pening, bergoyang, ada kawan di Penang, Kedah pun sama sms tanya , ada rasa tak goyang goyang. Ada yang tengah bershoping dengan keluarga di supermarket pun takut pakat lari keluar.

Di facebook UNICEF Malaysia telah ada update mengatakan berlaku gempa bumi dengan 8.9 skala richter, mengikut laporan BBC News. tetapi berita pasal tsunami atau apa apa kesan dari kejadian akan dikemaskini.

 

atau anda tengok kat http://www.facebook.com/unicef.malaysia

 

Pada 26 Disember, 2004, kejadian gempa bumi yang teruk mencetuskan tsunami di Lautan India yang mengorbankan 230,000 orang, hampir tiga suku daripada mereka di Aceh

Kemaskini:

United States Geological Survey (USGS) telah melaporkan pada  16:38 (waktu Malaysia) gempa bumi di luar Aceh pada kadar 8.9 magnitud, 431km barat daya Banda Aceh.

Pusat gempa kira-kira 962km barat Kuala Lumpur dan gegaran dilaporkan telah dirasai, antara lain, di Subang Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar.

Monitor AS telah mengeluarkan amaran tsunami Lautan India berikutan gempa bumi besar.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/194748

 

Menurut laman web medanindonesia.com kedalaman pusat gempa bumi ialah mencapai 10 km atau 364 km barat daya Kabupaten Simeulue dan berpotensi untuk berlaku tsunami.

sumber : http://www.mediaindonesia.com

 

Pusat Kajian U.S. Geological  melaporkan berlaku  gempa dengan 8,7 skala Richter berpusat kira-kira 20 batu atau (33 kilometer) bawah dasar laut di sekitar 269 batu (434 kilometer) dari bandar wilayah Aceh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii pula menetapkan amaran berjaga-jaga dengan tsunami berkuatkuasa  bagi negara Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan lain-lain pulau-pulau Lautan India, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

Pihak  Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia pula berkata, amaran tsunami telah dikeluarkan untuk bandar-bandar di sepanjang pantai pulau Sumatera.

Di Thailand Pusat Amaran Bencana Kebangsaan Thailand mengeluarkan suatu perintah pemindahan penduduk di enam wilayah di sepanjang pantai barat negara, termasuk destinasi pelancongan yang popular Phuket, Krabi dan Phang-Nga.

sumber : AP

AMARAN TSUNAMI TELAH DIKELUARKAN ekoran gempa bumi di Acheh

Video berita mengenai gempa bumi di Acheh

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gempa Bumi di Acheh 11 April 2012”

  1. kopipanas says:

    harap semua berjaga-jaga dengan amaran yg dikeluarkan, jangan berada hampir dgn pesisiran pantai
    kopipanas recently posted..VIDEO Berita GEMPA BUMI 11 April 2012 Melanda Acheh

  2. akubiomed says:

    Beberapa negara telah mengeluarkan amaran Tsunami termasuk memindahkan penduduk yang tinggal dipersisiran pantai.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasama

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold