Gambar Terbaru Kumpulan Elite 2012

Masih lagi kah ingat kat kumpulan penyanyi remaja Elite yang popular tahun 90-an dulu. Sudah lama berlalu zaman kegemilangan kumpulan remaja yang lagu popular dengan Tamparan Wanita tu. Kini mereka dah bukan remaja lagi tetapi sudah ada yang berkeluarga. Elite dianggotai oleh 5 gadis , Abby Abadi, Shasha , Linda , Watie dan Azza. Ditubuhkan pada tahun 1996 bawah KRUĀ  Records. Pernah digelar Spice Girls Malaysia.

Ada jugak anggota kumpulan Elite ni masih lagi aktif berlakon seperti Azza dan Watie, cuma Linda Rafar je yang dah lama tak muncul di kaca tv. Linda Rafar berkahwin kali kedua dengan pelakon Syed Kamaruzaman Syed Mahmud. Pernah mendirikan rumahtangga dengan pelumba kereta, Keifli Datuk Othman.

Watie pula sekarang makin aktif berlakon dan baru saja mendirikan rumahtangga dengan pelakon Joey.

Azza pun baru saja kahwin dengan Azlan pada awal bulan April 2012 dengan seorang peramugara Air Asia. Sebelum ini, Azza pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Sasha Saidin pun dah lama menyepi dari dunia seni, Shasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London.

Sasha sudah kembali bertemanpada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan keduanya dengan teman lamanya, Salyo Priyanto, seorang warga Indonesia.

 

Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan pula bernikah dengan Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim pada 11 Januari 2002 dan kemudiannya bercerai untuk masa yang singkat sebelum rujuk kembali.

Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel-comel Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.Mereka bercerai untuk kali kedua pada 18 Disember 2008.

Wajah Abby Abadi betudung kini.

Tamparan Wanita

 

 

sumber : mynews hub.my

Gmbar : mediahiburan

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Terbaru Kumpulan Elite 2012”

  1. chii says:

    kan bgs kalau dorg wt come back. nak tgk dorg nyanyi lagu manisnya senyumanmu
    chii recently posted..Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

  2. huhu, dah tau2 dah diorang dalam gambar nie, walopon tak sehot dulu, tapi still ok lagi. Banyak lagi lagu diorang yang best senanye selain tamparan wanita tue, ‘manisnya senyuman mu’ ke aper dah.. aku igt lagi waktu diorang ngan KRU tengah naik dulu.. hot stuff jugak diorang
    samanosuke_04 recently posted..Tudung Audijuma Pulak Dah!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold