(GAMBAR) Rita Rudaini Akan Perjuangkan Hak Penjagaan Anak

Rita Rudaini 36 menyambut harijadinya pada hari ini di Hotel Royale Chulan dengan rasa sebak dan sedih kerana pada masa yang sama dia telah mendapat berita dari suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak 25, yang telah menfailkan permohonan cerai melalui peguam sehari sebelum harijadinya.

Rita Rudaini menerima takdir itu dan dia tetap tabah menghadapi dugaan setelah lama cuba mempertahankan rumahtangganya yang didirikan pada tahun 2008.

Rita Rudaini berkahwin di Songkhla Thailand pada Februari 2008 dan mendapat 2 orang anak, Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia 10 bulan.

Luahan Rita dengan nada sebak kepada pemberita

“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,”

Aidil tidak pulang ke rumah hampir 4 bulan

“Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak,”

Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,”

Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.

Rita akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.

sumber : mstar online

“Saya dah biasa sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dihina dan dipulau sebab saya kahwin lari. Saya buat semua ini sebab sayang dan cinta pada dia. Namun, sekarang saya dah tawar hati kerana dah banyak peluang saya bagi pada dia sebelum ini. Jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada Allah.”

Rita perlukan lelaki matang

Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah.

“Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,”

“Saya tak suka menangis dan susah nak menangis. Saya sedih bukan sebab benda ini tapi sedih sebab tengok anak-anak saya. Mereka adalah kekuatan saya. Mereka sentiasa ada bersama di sisi saya dan bila tengok anak-anak, saya rasa terharu sangat. Saya harap selepas ini saya dan anak-anak akan lebih bahagia dan tak ada masalah seperti sebelum ini.”

“Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha,”

Sudahkah Rita sedia bergelar ibu tunggal

“Tak ada hinanya status janda atau ibu tunggal. Bagi saya semua orang sama saja. Saya pun tak faham kenapa semua pandang hina dengan status tersebut.”

“Saya serahkan semuanya pada peguam. Jika dia failkan hak penjagaan anak-anak, saya akan berjuang habis-habisan. Saya doakan tidak ada siapa yang boleh pisahkan anak-anak dan saya. “Saya dah bersusah-payah mengandungkan dan membesarkan mereka. Jadi, saya tak akan biarkan sesiapa pisahkan anak-anak dengan saya, kerana hanya Tuhan saja yang boleh pisahkan kami,”

“Selepas ini saya akan utamakan anak-anak dan saya nak besarkan anak-anak saya dalam keadaan sempurna serta mendapat didikan yang betul. Saya nak ajar mereka hidup berdikari. Saya juga akan cuba sebaik mungkin untuk tumpukan perhatian pada anak-anak dan membesarkan mereka walaupun tanpa seorang suami.”

sumber : gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “(GAMBAR) Rita Rudaini Akan Perjuangkan Hak Penjagaan Anak”

  1. suri says:

    bahagia melihat wanita bahagia,,klu sblik kita akan rasa sedih

  2. Delaila says:

    Salam Rita,

    Saya percaya dgn apa yang Rita katakan adalah pengalaman benar. Kerana jodoh saya juga dgn bekas suami tidak kekal kerana tekanan, desakan dan campurtangan pihak ketiga seperti ipar duai, keluarga mertua.

    Kelemahan suami adalah kerana mereka tidak tegas dan tidak tahan dgn tekanan sekeling hingga memaksa mereka mengambil jln mudah dan akhirnya isteri dan anak2x yg menjadi mangsa.

    Berserahla pada Allah kerana Rita sememangnye teraniaya. Walau apa pun alasan Aidil, sebagai ketua keluarga dan punya waris , dia seharusnya bijak mengendalikan masalah rumahtangga walau apa pun kekurangan isteri.
    Masyarakat bijak menilai Rita. Aidil akan menyesal di kemudian hari.

    Saya sendiri bersusah payah membesarkan 2 orng anak saya yg berusia 10 dan 11 thn berseorgan semenjak mereka berumur 1,2 tahun. Telah byk cabaran, hinaan dan dugaan yg saya hadapi. sekarang bekas suami cuba menuntut hak penjagaan melalui mahkamah setelah anak besar. alhamdulilah anak2x memang mengerti pengorbanan ibu mereka dan tetap memilih untuk tinggal bersama saya. Percayala rita, masih byk rintangan yg bakal dihadapi walaupun setelah bercerai.

    Apa2x pun tabahla menghadapi dgn cekal, Insyallah Tuhan bersama pihak yg benar.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold