Gambar Pra Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal ala ala Pearl Harbor

Gambar pra perkahwinan Scha dan Awal ni amat klasik, diambil oleh jurufoto terkenal Saiful Nang, kelihatan Awal memakai baju macam pilot atau pegawai tentera, macam dalam filem Pearl Harbor tu, Scha pula kelihatan anggun sekali dengan baju kebaya putih tu… Scha dan Awal akan bernikah pada 4 Mei ini dalam satu majlis yang bakal berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro RIA dan Astro AWANI.

Tak pernah lagi orang buat gambar klasik macam ni kan..

Tema Pra-perkahwinan Scha dan Awal ialah tema pahlawan dan mengambil latar stesen keretapi sebagai satu metafora akan pertemuan dan satu kesudahan perjuangan Si Arjuna dalam memenangi hati Sang Juwitanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO TRAILER KISAH KANAK2 SCHA & AWAL (game boy dan budak tomboi)

Info mengenai gambar pra perkahwinan Scha dan Awal Ashaari

  • Penggambaran hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk disiapkan, manakala pasangan disolekan hampir 3 jam.
  • Lokasi penggambaran diambil berlatarkan sebuah stesen keretapi yang mana gaya manipulasi dan pengredan warna telah dilakukan oleh CandidSyndrome dengan bantuan pakar manipulasi dari Indonesia, Anto Pliliang.
  • Konsep foto yang dirakamkan merupakan idea asal oleh jurufoto professional, Saiful Nang.

 

 

credit gambar : http://www.facebook.com/snfanclub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Pra Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal ala ala Pearl Harbor”

  1. akubiomed says:

    Kedua-duanya bekas model jadi kalau ambil gambar secocok. :-)
    akubiomed recently posted..Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold