Gambar + Pelakon Yatt Hamzah Bertudung Kerana Takut Azab Allah

Lagi pelakon berhijrah dengan bertudung, beberapa minggu lepas ada pasal cerita Abby Abadi bertudung lepas pulang dari umrah, pelakon komedi Enot pun sama. Kali ni rakan artis mereka, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah pula melakukan perubahan yang sama. Memang ramai juga artis yang berhijrah dengan memakai tudung ni.

Cerita Yatt, pelakon Ular Emas ini,  dia hendak berubah memakai tudung setelah pulang dari menghadiri usrah, kemudian disusuli mengerjakan solat taubat dan dia merasakan sudah sampai masa dia berubah.

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”

Yat tidak dipaksa oleh suami atau pun sesiapa, apa yang dibuat adalah atas kehendak sendiri, dengan sebak dia menyatakan…

“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,”

sumber : mediahiburan.karangkraf.com

 

 

Biodata Yatt Hamzah

Nama : Haryati Hamzah

Tarikh Lahir 13 April 1980

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media.

Kerjaya: Model, pengacara dan pelakon.

Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah,

Bella dan Ritma Kolej

Filem : Impak Maksima dan Kecoh Betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar + Pelakon Yatt Hamzah Bertudung Kerana Takut Azab Allah”

  1. Norizwan says:

    Alhamdulillah syukur….:-)
    Norizwan recently posted..Sukan Tennis untuk orang buta

  2. akubiomed says:

    Syukur kerana kesedaran untuk menutup aurat atas sebab tuntutan agama.
    akubiomed recently posted..Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbeza

  3. Alhamdulillah… hidayah itu milik Allah, moga berusaha untuk lebih baik…
    Blog Rilek-Rilek recently posted..Betul Betul Unik – Rumah Berbentuk Cengkerang Siput (10 Gambar)

  4. Sya Isya says:

    sekali pandang macam anak raffali. cantik Yatt bertudung. Alhamdulillah :D
    Sya Isya recently posted..KAD KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI 27 APRIL 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold