Filem 99 Kali Rindu – Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Selepas MIG keluarkan filem 7 Petala Cinta filem bercorak islamik, satu lagi filem dengan genre yang sama tetapi agak komedi, filem yang dimaksudkan ialah 99 Kali Rindu. Pelakon utama ialah Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Nampak macam ada kesinambungan dari filem 7 Petala Cinta, nama watak watak di dalam filem 99 Kali Rindu ni semua sama dengan filem 7 Petala Cinta.

Pelakon yang sama dalam 7 Petala Cinta juga masih dikekalkan dalam filem baru ini, seperti Diana Amir dan Shima Anuar. Ditambah pula dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Azrel Ismail (sekarang  berlakon dalam Cinta Buat Emelda tu).

Watak Attar yang dipegang oleh Aeril Zafril kali ni lebih matang dan moden , namun ada kisah gelap sama seperti 7 Petala Cinta.

99 Kali Rindu sedang menjalani pengambaran di Taman Rekreasi Bukit Kiara dan akan ditayangkan pada tahun 2013 nanti, filem ni diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Azhari Zain.

SINOPSIS 99 Kali Rindu

Filem ni mengisahkan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafri) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu. Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan 2 wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena.

Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena, kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya hingga sembuh. Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit.

Pertemua kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya. Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah tidak lama lagi Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail).

Antara 2 wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? adakah Hilma Aqila (Diana Amir)akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar.

Pelakon 99 Kali Rindu

Wawa Zainal

 

 

Azrel Ismail

 

 

Shima Anuar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold