Fasha Sah Jadi Isteri Jejai + Gambar Sekitar Akad Nikah Fasha Sandha dan Jejai

Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam, dengan dua kali lafaz.  Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman.
Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa.
“Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami,” komen Fasha.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan.

 

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis pernikahan ini tentunya menjadi momen paling bermakna buat figura cantik ini.
Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.
Hantaran untuk pengantik lelaki : sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.
Hantaran untuk pihak perempuan:  beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.
Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee. Turut hadir ke majlis tersebut ialah bapa pengantin lelaki Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu pengantin perempuan dan keluarga.

 

sumber: media hiburan

 

Kenapa Jejai lafaz 2 kali?

Diusik mengenai jumlah tersebut sehingga memaksa Jejai melakukan akad nikah sebanyak dua kali, lelaki itu mengakui kesukaran menyebut angka berkenaan.”Saya juga terfikir akan kesukaran untuk menyebut angka itu selepas kami menetapkan jumlah mas kahwin.

“Namun ketika praktis nikah, saya boleh sebut angka itu dengan lancar,” kata Jejai.

 

 

 

 

Fasha selepas selamat diijabkabulkan dengan Jejai

 

 

Baju nikah Fasha

 

 

 

 

 

 

 

Keluarga sebelah Jejai.. nampak bapa mertua je, mak mertua Fasha, Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah tak nampak pulak..

 

Video akad nikah

gambar dari ohbulan

Video dari cst production

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Fasha Sah Jadi Isteri Jejai + Gambar Sekitar Akad Nikah Fasha Sandha dan Jejai”

  1. cik tom says:

    wah mas kahwin dah 8k..hantaran??heheee
    cik tom recently posted..Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah Cara Mudah

  2. chii says:

    tahniah..tamat sudah segala teka teki …
    chii recently posted..Penyakit Baby Kuning

  3. Norizwan says:

    tahniah ler fasha sandha…
    Norizwan recently posted..Kereta kabel buatan sendiri di China

  4. kopipanas says:

    tahnah buat fasha dan jejai, selamat pengantin baru hahaha!!
    kopipanas recently posted..Gambar Video Seks Ahli Parlimen Indonesia Tersebar – 2 ahli parlimen diperas ugut

  5. titan says:

    hoho..jejai memang kacak la. haha..
    titan recently posted..Menjadi tunangan orang..

  6. akubiomed says:

    Tanniah kepada Fasha dan Jejai. :-)
    akubiomed recently posted..Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.

  7. syahrilhafiz says:

    sebab Jejai sebut sen tu yang lafaz kedua tu..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Tutorial Gambar Cara Upgrade Ubuntu 11.10 Ke Ubuntu 12.04 LTS

  8. Din says:

    smoga berbahagia ke anak cucu lah diroang ni..hohoh

  9. den says:

    ibu mertua fasha sandha memang tak hadir pun, dah orang tak suka tak kan nak datang pula kahkahkahkah

    menanti bukan pilihan mertua lah ni

  10. den says:

    fb mak jejai : Semua orang tahniah saya. Menantu mana ya? Saya tak pegi pun

  11. ayu sandha says:

    Taniah fsha sndha n jejai shgga ke alam barzah n firdausi…….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold