Fakta fakta Menarik Tentang Filem Titanic + Titanic 3D

Filem Titanic filem box office tahun 1997 kembali semula dengan Titanic 3D yang bakal ditayangkan pada 5 April. Filem lakonan Leonardo Dicaprio dan Kate Winslet ini mendapat 11 anugerah dari 14 pencalonan dalam Anugerah Oscar.

 

 

Filem Titanic 3D ini dikeluarkan dalan versi bahasa Inggeris, Hindi, Tamil dan Telegu, dikeluarkan tahun 2012 ini sempena menyambut ulangtahun ke 100 peristiwa tenggelamnya kapal Titanic pada  April 1912. Kutipan filem ini yang terbesar di dunia iaitu AS 1.8 billion.

Pasti ramai peminat akan pergi menonton di pawagam sekali lagi walaupun sudah pernah menontonnya dan mungkin ada koleksi dvd di rumah, tak akan jemu jemu melihat filem ini lagi sekali ..ye tak? Generasi muda yang ada sekarang yang  masih kanak kanak pada tahun 1997 mungkin nak ke pawagam  melihat sendiri kehebatan Titanic.

Kali ini penonton tak mahu ketinggalan untuk merasai kesan khas kapal tenggelam dalam bentuk 3D, merasai gegaran dan goncangan. Tidak akan merasa bosan jika durasi filem ini panjang sekali pun (3 jam 14 minit).

Perjalanan kisah cinta Jack dan Rose boleh dikatakan sebagai fenomena yang mendapat sambutan hebat antarabangsa.

 

Ada 20 Fakta menarik tentang filem ini yang hendak dikongsi dengan peminat filem Titanic,

1. Pengarah “Titanic”, James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) ‘terbang’ di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut “Sit over there on the bed. I mean, couch!”, ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk ‘mengikat’ kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh ‘melobi’ peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja menelan kos sebanyak AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

 

20. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

 

sumber: yahoo entertainment

Corat coret Titanic 3D

1.Leonardo pula malu melihat dirinya yang jauh lebih muda

 ‘I’m such a young punk. Look at me.’

2. Kate Winslet malu melihat potret bogelnya dalam bentuk 3D

Kate Winslet tidak sanggup untuk menonton sendiri bogel di dalam potret  yang dilihat dalam 3D. Apabila disoal bagaimana perasaannya sendiri  melihat dirinya berbogel, beliau berkata:

“Terrible, wouldn’t you? I’m not going to look, I’ll be in the bar by that point.”

“It is like being forced to go through a photo album of your former self for three-and-a-half hours solidly. It’s quite strange but the film is still wonderful and it looks incredible….”

 

3.Pengarah filem James Cameron dipaksa oleh ahli astronomi untuk membuat pembikinan semula babak Rose berbaring atas pintu kapal yang pecah, kerana kedudukan bintang didakwa diletakkan salah oleh pengarah itu.

4.James Cameron mengakui dia telah tersilap meletakkan kedudukan bintang itu dan meminta pihak yang pakar menghantar gambaran kedudukan bintang yang betul supaya dia dapat memasukkan semula dalam filem.

 

5.Production House filem ini iaitu Paramount Pictures juga menyambut ulangtahun ke 100 dan filem Titanic dikeluarkan sebagai simbolik meraikan ulangtahun ke 100 itu.

6. Watak Jack dan Rose hanyalah rekaan pengarah filem ini kerana tiada rekod penumpang di atas kapal yang mempunyai nama itu.

7. Pelakon Kate Winslet menyukai idea Titanic 3D kerana dia boleh menonton buat  pertama  kali dengan anak-anaknya yang berusia11 dan 8 tahun.

8. Pengarah James Cameron sangat taksub dengan suasana dalam air yang gelap dan menakutkan, dan dia sangat mengimpikan dapat berkongsi dengan penonton dan merasai kesan khas 3D suasana di perut laut.

9. Menukar filem Titanic asal ke versi 3D sangat mahal kosnya, sudah kira-kira  AS$ 20 million  atau 10 % dari bajet yang diperuntukkan untuk filem itu telah dibelanjakan.

10. Kira-kira 450 orang pekerja digunakan untuk pembikinan Titanic 3D.

11. James Cameron telah mendapat  inspirasi untuk membuat filem Titanic apabila dia melihat dokumentari National Geographic tentang bangkai  kapal itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Fakta fakta Menarik Tentang Filem Titanic + Titanic 3D”

  1. Norizwan says:

    mesti mau tengok dengan orang umah…tak pernah cuba lagi 3D ni…
    Norizwan recently posted..Apa perasaan Lelaki Kacak apabila ditanya soalan tidak relevan

  2. akubiomed says:

    Cerita Titanic tidak jemu ditonton. :-)
    akubiomed recently posted..Minum kopi hanya berkesan untuk si pemalas

  3. APAN says:

    agak menarik gak citer ni…lama tu mmg lama.tpi boleh layan gak la dulu2…x pegi dah nak tengok kat panggung.mcm fresh je lagi citer tuh :)
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #38 – Kalau Lelaki

  4. yas says:

    Selalu gak layan citer ni kt tv…tp tu laa….semuanya tak pernah tgk sampai habis…he4x!!!

    #Awat tuka template lak nuriz?
    yas recently posted..ILIA IRYANI – GADIS BERTUDUNG YG SUKA MEREMPIT?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold