Diserang Jin Ketika Seminar Rawatan Perubatan Islam di UIAM

Hari ini ada cerita menarik dalam ruangan Mega Utusan Malaysia tentang peserta seminar yang diserang/dirasuk jin ketika menghadiri sebuah seminar perawatan/perubatan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak. Seminar itu disampaikan oleh pakar perubatan Islam yang terkenal iaitu Datuk Engku Ansaruddin Agus atau lebih dikenali dengan nama Pak Engku.

Dikongsikan beberapa cerita peserta diserang oleh jin semasa seminar Motivasi Spiritual dan Perawatan Islam ini berlangsung.Seorang demi seorang terkena rasukan jin, ada peserta yang mengamuk dan melemparkan kata kesat kepada Pak Engku.

Sebelum Pak Engku menyampaikan ceramahnya, terlebih dulu pakar motivasi terkenal Dr Robiah Kulop memulakan ceramah dan suasana agak tenang, peserta seminar terdir dari 50 orang menumpukan perhatian.

Tiba masanya Pak Engku pula memulakan ceramahnya dengan wajah ceria, tiba -tiba wajah Pak Engku bertukar menjadi serius, matanya tajam merenung ke arah seorang peserta.

Seorang peserta telah bangun mengamuk, meluahkan kata-kata kasar, mengacukan tangan sambil menunjuk ke arah Pak Emgku. Wanita yang lemah lembut tadi berkelakuan ganas dan mahu berlawan dengan Pak Engku.

Menurut Pak Engku, wanita yang juga usatazah tadi sudah lama menghadapi masalah jin berada dalam badannya. Pak Engku menekan leher dan kepala wanita itu, dia menjerit melolong-lolong kesakitan.

Tak lama kemudian, seorang remaja pula terkena rasukan jin, dia mengalami batuk-batuk dan pengsan. Seorang lagi wanita berumur 40-an  juga diserang oleh jin.

Wanita berumur 40-an itu melontarkan kata-kata seperti ” Aku benci perempuan ni! Aku benci!! Dia perempuan baik! Aku tak suka dia baca kitab al quran!! Aku tak suka anak aku jadi baik bila berkahwin dengan perempuan ni!!

 

Pengakuan mangsa rasuk 1

Pelajar UiTM Kuantan Pahang ni telah lama menjadi mangsa jin kafir kerana diarahkan oleh pihak tertentu. Apabila terkena rasuk dia akan mengamuk, mengalami masalah kesihatan yang teruk dan perubatan moden tidak dapat mengesan sakitnya.

Setiap kali dia akan dirasuk, dia akan terlupa ayat ayat al-quran, tidak mahu sembahyang dan sering mengamuk. Remaja itu berusaha untuk mengubati sakitnya dengan bantuan rawatan dari Pak Engku.

Pengakuan mangsa rasuk 2 -Ditiduri oleh jin

Wanita berusia 40-an ni mengaku dia menjadi mangsa ilmu hitan sejak 21 tahun, yang ditujukan kepada dia kerana tidak sukakan perkahwinannya suami isteri. Dia menerima layanan buruk dari pihak yang mengakui menghantar ilmu hitam itu kepadanya.

Semasa dirasuk di seminar itu, dia tidak berlakon dan keadaan itu benar- benar berlaku. Dia tidak akan sampai hati untuk melontarkan kata-kata kesat kepada Pak Engku dan memaki hamunnya. Dia sudah lama menderita sakit kerana ilmu hitam dari pihak yang tak sukakannya.

Badannya bagaikan rumah besar yang dihuni jin kerana terlalu banyak jin dihantar kepadanya. Walaupun dia sering berzikir dan membaca al quran setiap hari, ilmu hitam itu sangat kuat dan dia tak berdaya melawannya hingga dia mengaku pernah ditiduri oleh jin.

Perubatan moden tidak dapat mengesan sakit kronik yang dihadapinya iaitu pendarahan yang tak henti-henti, apabila doktor membuat pembedahan , mereka menemui seutas gelang getah yang berlumuran darah yang berada di saluran peranakan dan dalam keadaan tersimpul.

 

Perangi sihir secara langsung di Astro Oasis bermula 23 April

Kini anda boleh mengikuti rancangan tentang perangi sihir, perawatan Islam bersama Pak Engku di Astro Oasis setiap jam 7.30 malam

Jika nak tahu mengenai lebih lanjut mengenai Pak Engku anda boleh layari laman web beliau di

http://herbs-yashfien.blogspot.com/

Facebook :  Seminar Perangi Sihir  di  link ini   

http://www.facebook.com/events/242995315789393/

Pak Engku perangi cerita dan filem hantu atau seram

Pak Engku sekarang dalam usaha untuk memerangi segala propaganda dan promosi percuma mengenai dunia hantu serat kisah seram yang semakin berleuluasa di tayangkan di tv dan filem. Semua kisah seran yang ditayangkan hanya membuatkan orang jadi takut dan lemah.

Pak engku tidak nampak tayangan drama dan filem seram memberi pengajaran kepada penonton terutamanya anak kecil kecuali mereka akan lebih jadi takut kepada hantu dari takut kepada Allah.

 

**************

 Memang benar sekarang banyak sangat filem filem dan drama yang cerita pasal hantu, macam macam nama..pocong penanggan, kubur berasap , amukan langsuir, kadang kadang sampai naik muak, tiap malam jumaat saja mesti banyak cerita hantu. Memang patut lah cerita seram yang mengarut tu tak dihidangkan sangat kepada orang tak ada faedah langsung.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Diserang Jin Ketika Seminar Rawatan Perubatan Islam di UIAM”

  1. yas says:

    Yup nuriz…banyak sgt citer hantu pun bukannya ada manafaat sangat…pembaziran je semua tuu
    yas recently posted..[Video] Lelaki Ditanam Hidup2 Oleh Tentera Syria

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold