Corat Coret ABPBH 2011 8 April -Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

Seperti yang ramai menjangkakan Aaron Aziz yang akan dinobatkan sebagai Bintang Paling  Popular  2011 pada anugerah berprestij ABPBH 2011 yang berlangsung  semalam.

Aaron Aziz mendapat undian sebanyak 87,699 undian menewaskan pemenang tahun lalu, Shaheizy Sam dan juga menewaskan pesaing seperti Fasha Sandha dan Fizz Fairuz. Mungkin saingan agak sengit, jumlah undian yang diterima oleh Aaron Aziz agak sikit berbanding yang diperolehi oleh Shaheizy Sam dulu, 126, 168, (undian tertinggi) tahun lepas.

Pelakon Ombak Rindu itu membawa pulang hadiah kereta Nissan Teana 2.5  dan set barangan kemas Rafflesia bernilai RM250,000.

Zizan Raja Lawak akhirnya merampas anugerah yang selalu dimenangi oleh Aznil iaitu sebagai Pengacara TV Lelaki Popular. Aznil telah berlari ke atas pentas semalam dan memberi anugerah tu sendiri kepada Zizan. Sebak dan terharu Zizan :)

Pasangan Zizan dalam Jozan sapa lagi kalau tak Johan Raja Lawak, Johan pun mendapat anugerah Artis Komedi Lelaki Popular  dan Didie Alias diangkat sebagai Artis komedi wanita popular.

Fizz Fairuz pula sangat kaku terkedu semalam dan sebak juga sampai tak tau nak cakap apa, kerana dia tak menyangka akan memenangi kategori Pelakon Tv Lelaki Popular. Kawan baiknya Aaron Aziz  datang memeluk dan mengucapkan tahniah utk Fizz. Ada artis yang cepat popular ada artis yang tunggu bertahun tahun barulah dapat anugerah.

Artis yang selalu menang relax aje, macam Farah Fauzana, Faizal Ismail, sebab diorang ni dah selalu memang kan, senyum je, manakala artis yang baru sekali menang memang terkedu, terkejut, speechless dan macam2 lah :)

itulah moment paling berharga dan kepuasan buat  diri mereka kan, anugerah tu juga tanda sokongan dari peminat. Jadi berilah yang terbaik buat peminat. Tanpa peminat siapalah anda.

Pengacara yang spontan, yang lawak yang best semalam Zizan, Raja Azura, lady gaga Malaysia Didie Alias, dan Sharifah Shahira smlm memang baik, tak membosankan pun.  Tak over sangat. Rasanya diorang tak ada kontroversi apa kot, hehehe..tapi baju Didie Alias yg macam kanopi tu memang kena la dengan diri dia yang selalu tampil begitu :)

Persembahan mantap dari penyanyi penyanyi hebat seperti Lan dan Ziana Zain sangat memukau, meremang bulu roma, suara mereka yang dasyat tu memang padanlah dijadikan pasangan duet. Ziana Zain lama tak nampak dia buat persembahan masih lagi power habis suara dia.

Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Dayang Nurfaizah dan Anuar Zain, One Nation Emcees, Shila Amzah, Jac, Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan ramai lagi.

Persembahan khas istimewa dari pelakon Ombak Rindu, ni pun memang dapat agak, yang pelakon utama Maya Karin Aaron dan Lisa Surihani akan membuat persembahan  babak dalam filem tu. Diiringi pula nyanyian lagu OST filem Ombak Rindu dari Adira dan Hafiz.

Keputusan Pemenang ABPBH 2011
1) BINTANG PALING POPULAR
Aaron Aziz

2) PENYANYI LELAKI POPULAR
Hafiz

3) PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Johan Ariff As’ari

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR
Tasha Shilla

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Aaron Aziz

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Maya Karin

9) PELAKON TV LELAKI POPOLAR
Fizz Fairuz

10) PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Johan Raja Lawak

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Didie Alias

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Zizan Razak

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR
Fara Fauzana

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ANUGERAH KHAS
PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT – Datuk Sheila Majid
ANUGERAH SRI PERAK – Datuk Siti Nurhaliza
Gambar pemenang di ABPBH 2011

 

 

 

 

 

Ucapan pemenang

Maya Karin

“Bersyukur dengan kemenangan ini, sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini. Tidak dinafikan kejayaan ini disebabkan oleh penerimaan dan fenomena yang saya bawakan dalam filem Ombak Rindu.

“Kalau nak dikutkan, saya seperti tidak percaya dengan kemenangan ini kerana persaingannya sangat hebat terutama sekali daripada Lisa Surihani.

“Namun dengan kejayaan ini, saya harap saya dapat meluaskan lagi bakat lakonan saya dalam watak-watak yang berbeza seperti watak wanita lasak yang hebat memegang pedang”.

Ucapan Tasha Shila

” Saya memang terharu dan sebak apabila mendapat tahu anugerah ini milik saya kerana saya sama sekali tidak sangka dengan kejayaan ini.

“Namun dengan kejayaan ini, telah membuktikan bahawa kelab peminat saya iaitu Tasha Shila Team adalah sangat hebat dan kuat”.

 

Ucapan Johan Asari

“Tidak pernah terlintas serta terfikir saya untuk memenangi anugerah ini, jauh sekali untuk bertanding dan dicalonkan. Tak sangka rupanya saya mempunyai kelompok pengikut yang sangat besar.

“Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berjaya menempa nama dalam indusrti ini.

“Saya sedar, terlalu cepat untuk saya menerima semua ini kerana saya baru sahaja bertapak dalam bidang seni tidak sampai setahun, namun sesuailah dengan gelaran anugerah yang saya terima iaitu artis baru lelaki popular”.

Johan ada juga sebut 2 heroinnya yang dia pernah bergandingan – Fasha Sandha dan Nabila Huda.

 

Ucapan Didie Alias

” Akhirnya selepas 25 tahun penganjuran ABPBH, saya merangkul anugerah ini. Saya mahu berterima kasih kepada semua terutama orang tersayang saya iaitu ibu bapa saya serta suami dan anak-anak saya yang pemberi semangat kepada kerjaya saya”.

 

Aaron Aziz ralat :

“Terus-terang saya memang tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang mengumumkan nama-nama pihak yang banyak membantu saya dalam kerjaya seni saya.

“Saya tertinggal untuk berterima kasih kepada piak media, produksi Ombak Rindu, Badai Semalam, Nora Elena dan ramai lagi.

“Mungkin sebab saya terkejut dan blur apabila nama saya dimumkan sebagai Bintang Paling Popular ketika itu, tambahagan pula saya tidak bersedia dengan apa-apa teks ucapan.

“Namun paling saya rasa ralat, apabila saya tidak dapat mebawa bersama anak-anak saya ke sini untuk melihat sendiri saya menerima anugerah kerana anak-anak saya dan isteri pemangkin semangat saya selama ini,”

“Saya dapat merasakan Malaysia seperti sebati dan bersatu dengan saya sebab itu saya sudah pun memohon kerakyatan Malaysia sejak hujung tahun lepas.

“Namun, saya masih belum mendapat apa-apa jawapan lagi.

“Walaubagaimana pun saya berharap sangat supaya permohonan saya itu diluluskan dan dapat memasuki lebih banyak anugerah di sini seperti Festival Filem Malaysia (FFM),”

Aaron akur dengan kemenangan Fizz Fairuz

Meskipun merangkul anugerah Bintang Paling Popular, namun Aaron tewas dengan pelakon Fizz Fairuz dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

“Bagi saya Fizz memang layak merangkul anugerah tersebut kerana dia memang seorang pelakon yang hebat. Malah dia juga kawan baik saya dan saya harap kami semua bersaing secara sihat,”

Pakaian artis yang agak kurenggg

 

 

Rozita Che Wan dan Zain Saidin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sumber: murai.com.my dan laman web rasmi abpbh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Corat Coret ABPBH 2011 8 April -Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011”

  1. Norizwan says:

    Fizz fairuz…ucapan yang memilukan…walaupun tak ramai peminta tapi opular juga…:)
    Norizwan recently posted..Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

  2. akubiomed says:

    Pemenang paling cool ketika menerima anugerah adalah Dato’ Shiela Majid.
    akubiomed recently posted..Zulfahmi pelumba Moto 3 menyerlah di Litar Losail Qatar

  3. shuk says:

    memang mantoppp persembahan kak ziana, suara Azlan pun sama naik ler

  4. Ummi Hanie says:

    banyak tekaan sy tersasar… haha. tp tang aaron tu bolehla juge :p

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold