Cinta Dalam Hati – Remy Ishak dan Dira Abu Zahar

Sebuah drama bersiri 13 episod bertajuk Cinta Dalam Hati akan ditayangkan di RTM tak lama lagi. Bila tarikhnya tidak lah pasti sebab RTM ni tak macam TV3 atau siaran swasta lain , promonya tak lebat macam drama Samarinda, Akasia..bla..bla… Apa yang menariknya ada pelakon utama yang hebat seperti Remy Ishak, Remy akan bergandingan dengan Dira Abu Zahar. Antara pelakon lain yang turut serta dalam drama Cinta Dalam Hati ialah Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob.

 

SINOPSIS Cinta Dalam Hati

Memaparkan kisah penulis skrip, Dino Abadi (lakonan Remy Ishak ) yang tinggal di sebuah pulau, berjanji akan menjaga ibu kepada  arwah kekasihnya, Munira bernama Mak Yam . Dino sanggup menghambakan diri menjaga Mak Yam dan cuba menunaikan janjinya itu walaupun sukar. Dino menjaga tanah sawah dan kebun Mak Yam, dan berusaha mencari wang untuk merawat Mak Yam.

Dia menghasilkan satu skrip dan ingin menjual tulisannya itu kerana memerlukan wang untuk membeli alat hemodialisis ibu Munira. Skripnya dibeli Rio tetapi dengan syarat bekas kekasihnya, Aida Irama harus menjadi teraju utama filem itu. Rio sebenarnya mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadinya.

 Dino akhirnya jatuh cinta dengan Aida tetapi sukar mengungkapkannya kerana kenangan dan sayangnya pada Munira tidak mudah dihapuskan. Aida Irama kekasih kepada Rio juga ada perasaan terhadap Dino. Dino mendapat ugutan kerana ada pihak yang tak suka dengan hubugan Dino dan Aida Irama.
Adakah Dino akan menerima cinta Aida Irama dan melupakan arwah kekasihnya? saksikan nanti di RTM.
sumber : harian metro dan gambar dari blog Remy Ishak – http://www.dakamat.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Cinta Dalam Hati – Remy Ishak dan Dira Abu Zahar”

  1. fakhruddin says:

    pergh…macam best je citer ni..
    tapi kalau msuk tv1 konpem best ke?
    fakhruddin recently posted..Menonton Perlawanan Kelantan VS Kedah

  2. titan says:

    orang perempuan mesti suka tengok..
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari TipsPTD.com

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold