Aznil Dituduh Tak Hormati Majlis Apabila Merampas Trofi Dari Zizan

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 sudah lama berakhir, namun masih lagi ada cerita cerita yang berbunyi mengenai ABPBH selain kes tak puas hati Zed Zaidi dengan kemenangan Aaron Aziz, ada juga yang memberi respon negatif dalam insiden Aznil Hj Nawawi ‘merampas’ piala trofi dari Datin Seri Normala Samsudin ketika diumumkan Zizan Raja Lawak menjadi Pengacara Tv Lelaki Popular.

Sebelum ini Aznil yang memegang title Pengacara TV Lelaki Popular, dek kerana terlalu gembira dan teruja dengan kemenangan Zizan, Aznil atau Pak Nil belari ke atas pentas dan memberikan sendiri kepada Zizan Raja Lawak, sedangkan tugas tersebut diberi pada Normala Samsudin.

Tindakan spontan Aznil tu tidak pula mendapat apa apa reaksi negatif dari Normala Samsudin, namun ada pemerhati dan peminat yang rasa itu tindakan tidak manis dan tak menghormati majlis.

Video semasa diumumkan Zizan sebagai Pengacara Tv Lelaki Popular 2011

Mungkin Aznil rasa dia dalam rancangan Macam- Macam Aznil kot sebab tu spontan saja dia lari naik atas :). tapi sebelum dia bagi piala tu dia ada cakap dia orang yang tepat memberi trofi itu kepada Zizan Raja Lawak..dan Normala dengan senyum menyerahkan trofi tu kepada Aznil..

Apa kata Aznil…

Aznil berkongsi cerita mengenai hubunga dia dan Zizan yang ramai tak tahu:

“Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.

Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.

Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,”

 

“Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Aznil Dituduh Tak Hormati Majlis Apabila Merampas Trofi Dari Zizan”

  1. fakhruddin says:

    pelik gak tengok hari tu..
    nama zizan diumum…tapi aznil pulak naik ke pentas amik trofi..
    mesti dah zizan terasa ngn dia..
    fakhruddin recently posted..Menonton Perlawanan Kelantan VS Kedah

  2. titan says:

    hoho..tak kesahlahh..
    titan recently posted..Lelaki kacak boleh menopous awal?

  3. akubiomed says:

    Orang tidak tahu hal sebenar hanya membuat andaian dengan melihat permukaan sahaja.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold