Ally Iskandar dan Farah Lee Melepas Rindu Melalui Skype

Sudah 3 bulan lebih usia perkahwinan Farah Lee dan Ally Iskandar, apa perkembangan terbaru mengenai pengacara Tv3 ini selepas berumahtangga? Mereka dikatakan saling merindui kerana Ally Iskandar di Malaysia dan isterinya, Farah Lee masih belajar dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, di Korea Selatan.

Bagi Ally hubungan jarak jauh ini amat mencabar lebih lebih lagu baru bergelar suami isteri, demam bulan madu tu masih ada..tetapi terpaksa berpisah jauh.

Ally dan Farag Lee lepas rindu melalui Skype

“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagian dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar. Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.  Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”

Ally dan Farah berjanji akan bertemu sebulan sekali

“Saya memang berjimat-cermat untuk berulang-alik ke Korea. Walaupun beli tiket daripada Air Asia, tetapi kosnya agak tinggi juga. Sekarang ini perbelanjaan saya tidak sama seperti  masih solo dahulu.  Saya ada tanggungjawab sebagai seorang suami,”

Ally pesan supaya Farah jaga diri

“Walaupun Farah masih bergelar pelajar dan tinggal berasingan daripada saya, tetapi di harus ingat dengan statusnya sebagai seorang isteri.  Kalau dulu dia bebas membuat keputusan sendiri mahupun ke mana sahaja. Tapi sekarang dia kena maklumkan saya terlebih dahulu. Ini kerana segala perbuatannya akan berkait dengan saya.

Dalam masa yang sama, saya juga perlu menunjukkan contoh yang baik. Saya tidak boleh mengharapkan Farah sahaja berbuat begitu. Saya juga selalu maklumkan kepada Farah tentang rutin harian saya. Kami saling berkongsi dan menghormati antara satu sama lain,”

Impikan anak

“Masa dan keadaan tidak mengizinkan kami untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat ini. Farah masih lagi belajar. Tunggulah dia pulang ke Malaysia dahulu. Kalau ikutkan hati, memang  saya hendak sangat anak, tapi kenalah bersabar dahulu,”

sumber : gua.com.my

Farah Lee sanggup tambah berat badan demi Ally Iskandar

 kalau dulu… semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan ‘satu’ ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah).

kalau dulu… aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, “now, you’re not just a student. you’re now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health” (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p).

kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk ‘membawa orang’ (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.

sumber: blog farah lee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Ally Iskandar dan Farah Lee Melepas Rindu Melalui Skype”

  1. akubiomed says:

    Nasib baik ada Skype. Kalau dahulu bergantung kepada surat sahaja. :-)
    akubiomed recently posted..My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomed

  2. Rizz says:

    sayang laki tinggal tinggalkan…demi ilmu.
    Rizz recently posted..Preve: Perangai mereka di showroom Proton

  3. hud aikara says:

    inilah agaknya manis cinta selepas kahwin…rasa macam cerita kat novel pulak…hehehe…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold