Album Yuna Sudah Dipasarkan di Amerika Syarikat Sejak 23 April

Yuna sebelum ini sibuk dengan promosi album barunya di kota New York, dan album barunya sudah berada di pasaran Amerika Syarikat sejak 23 april lalu.Single pertamanya yang berada pasaran Amerika ialah lagu bertajuk Live Your Life. Nampaknya Yuna semakin jauh mengorak langkah meneroka pasaran antarabangsa.

Semasa dalam siri jelajah mempromosi album barunya, Yuna telah mencatat sejarah peribadi ketika diundang membuat persembahan khas dalam program bual bicara popular, Conan di Amerika Syarikat yang dikendalikan pengacara TV paling berpengaruh, Conan O’Brien.

Bermula Jun ini, Yuna akan mengadakan persembahan selama 30 hari berturut-turut di 30 lokasi berbeza.

Yuna yang turut dicalonkan dalam kategori Artis Kegemaran Asia, Anugerah Nicklelodeon, 31 Mac lalu, bersaing dengan Agnes Monica, Charice dan Wonder Girls.

Yuna membuat persembahan secara live di  CONAN , TBS

Yuna menulis lagu sejak berumur 14 tahun, dia membuat persembahan pertama dengan lagu ciptaannya pada usia 19 tahun. Yuna bukan setakat berbakat menulis lagu tapi boleh bermain gitar. Sejak tahun 2006 Yuna banyak membuat persembahan akustik di beberapa persembahan di dalam Malaysia.

Bakatnya dikesan oleh kumpulan Pop-indie dari Amerika yang sanggup terbang ke Malaysia menemui Yuna untuk tandatangan kontrak dengan Yuna. Kini Yuna telah berada di Amerika Syarikat bekerjasama dengan Fader Label di New York.

Video Yuna nyanyi lagu Island

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold