Aidil Zafuan : “Gilalah Kalau Abaikan Anak-anak”

Aidil Zafuan pemain bola sepak kebangsaan menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya. Dia berkata semua keperluan makanan, pakaian, susu diuruskan dengan baik dan selalu bertanya kabar dari semasa ke semasa.

Aidil dan Rita Rudaini mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan mereka pada tahun 2008, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna.

“Gilalah kalau tidak mengambil tahu tentang anak-anak. Saya tidak pernah mengabaikan makan minum mahupun susu mereka.

“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai masalah rumahtangga kami berdua. Biarlah kebenaran terhadap perkara ini hanya diketahui oleh saya dan Rita,”

Kenapa Aidil tak mahu pulang ke rumah

Setelah kemelut rumahtangga Aidil dan Rita Rudaini diketahui umum, dan berlaku campurtangan pihak ketiga seperti yang didakwa oleh Rita sendiri, Aidil menghilangkan diri dari rumahnya selama hampir 4 bulan..

Aidil tidak mahu memanjangkan cerita tersebut dan dia mempunyai alasan sendiri berbuat demikian.

“Saya tidak mahu cakap kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,”

“Saya telah membuat tuntutan itu dan saya menyerahkan segala urusan kepada peguam dan sedang menanti perkembangan proses tersebut.

“Saya tidak mahu memburukkan isteri dan tidak mahu masalah ini menjadi kontroversi umum,”

 

sumber : mynewshub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Aidil Zafuan : “Gilalah Kalau Abaikan Anak-anak””

  1. Norizwan says:

    berserah kepada mahkahmah nanti…itulah jalan yang terbaik…
    Norizwan recently posted..College the Valleyfield tempat belajar paling indah di dunia

  2. suri says:

    kasihan pada kedua anak2 yg tdk mengerti apa2..

  3. suri says:

    semoga semua akan sabar dan tabah lalui masa hadapan…

  4. APAN says:

    agak setuju ngan tindakan beliau yg x nak jadikan isu ni semakin kontriversi.sekali terlepas seperkataan, mcm2 boleh jadi nanti….musim pemain bercerai.ranking bola pun turun.haha…
    APAN recently posted..Pusat Dobi Layan Diri

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold