Aidil Sudah Failkan Perceraian Ke Atas Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini 36,  sudah menerima SMS dari suaminya Aidil yang memaklumkan padanya bahawa permohonan cerai sudah dibuat. Mengikut laporan Utusan Malaysia lagi, Rita Rudaini yang  menyambut hari lahirnya, menerima berita pahit itu dengan tabah.

Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.

sumber: Utusan Malaysia dan mstar online

 

 

Semoga Rita Rudaini tabah hati, mungkin ada hikmah dan pengajaran dari kejadian yang menimpa.

 

Artikel berkaitan: Rita akan tetap perjuangkan hak penjagaan anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Aidil Sudah Failkan Perceraian Ke Atas Rita Rudaini”

  1. akubiomed says:

    Segala teka-teki sudah terjawab.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasama

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold