Aidil Serah Hak Penjagaan Anak Pada Rita Rudaini

Berkisar tentang kes kemelut rumahtangga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini, hari ini melalui Media Hiburan Aidil membuat kenyataan yang dia akan memberikan hak penjagaan anak-anak kepada Rita Rudaini kerana sedar anak-anaknya lebih rapat dengan ibu mereka.

Sebelum itu , semasa sambutan harijadi Rita pada 11 April lepas, Rita ada membuat kenyataan yang akan tetap berjuang mempertahankan hak penjagaan anak-anak.

kenyataan Aidil:

“Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa,” jelas Aidil dalam nada suara yang bergetar.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat”

sumber :media hiburan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Satu keputusan yang tepat oleh Aidil saya rasa, lebih baik saja hak penjagaan anak diberi kepada ibunya , pemain bola sepak ni maklumlah selalu kena keluar lama berlatih dan terlibat dalam perlawanan bola sepak.

Jika masing masing berkeras, kena naik turun mahkamah pula, kesian pada anak anak kecil yang tak tau apa-apa.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold