Aaron Aziz : Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh

Kini peluang Aaron Aziz bersuara dengan lantang membidas pihak yang tidak berpuas hati dan tidak suka dengan kemenangan dia sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011. Aaron Aziz yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni di Malaysia sedar yang isu warganegara selalu ditimbulkan.

mari kita baca apa kata Aaron Aziz dan luahan hatinya:

“Saya tak ada masalah dengan komen macam itu. Bagi saya, orang yang angkut sampah pun berhak komen sebegitu. Benda ini hanya buang masa dan memeningkan kepala saya saja. Saya tak rasa kecewa kerana saya hanya kecewa jika anak saya tak makan. Saya juga tak merajuk atau lari menangis di tepi kerana isu ini tak menjatuhkan saya langsung.

“Lainlah kalau saya ditangkap sebab merompak dan sebagainya, itu baru menjatuhkan karier saya. Bagi saya, pendapat dia tak menjejaskan saya dalam apa aspek sekali pun. Saya tak rasa terjejas sebab memang dah lumrah dunia, tak semua akan suka kita,” ujarnya ketika ditemui selepas siaran langsung program Wanita Hari Ini, petang tadi.

“Saya tahu isu ini pun dari isteri saya yang terbaca di Twitter. Saya sendiri memang tak suka baca benda yang menjatuhkan orang lain, tidak membina serta yang tidak memajukan industri kita. Saya terkejut kerana masa jumpa di ‘post-party’, kami bertegur dan bersalaman seperti biasa. Saya sendiri tak tahu sama ada dia ada masalah dengan saya atau dengan keputusan.

“Apa-apapun, saya dah menjangkakan isu ini akan berlaku. Tapi, kenapa tahun lepas saya menang Anugerah Skrin, tak timbul pun isu ini. Saya bukannya datang sebagai pendatang haram. Saya datang dari Singapura pun bukan semalam. Malah, saya ambil masa lama untuk berada di tahap sekarang. Jika saya tak menang pun, saya akan sentiasa terus menyokong industri tempatan. Saya tidak akan pernah putus asa dan akan terus berusaha keras untuk mendapatkan persaingan yang sihat.”

Aaron sindir Zed Zaidi

“Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh. Bukan senang nak mempengaruhi minda orang Melayu sebab orang Malaysia sekarang dah pandai berfikir. Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia selepas ini. Saya faham dia masih muda dan tak matang lagi. Namun, kalau terus berperangai macam budak kecil, lebih baik main kat taman permainan atau tepi pantai. Malah, jika dia nak sangat trofi ini, saya tak kisah. Saya ada dua, jadi boleh kongsi,”

sumber : gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Aaron Aziz : Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh”

  1. Amirez says:

    pedas sindiran aaron tu. boleh berapi juga dibuatnya
    Amirez recently posted..Subway Baru Kazakhstan yang Canggih dan Bersih

  2. suri says:

    sama2 sindir hu.. mmg tak baik sb dua2 dari industri yg sama ;)

  3. suri says:

    tidak kira siapa kita org kenal atau tidak kita harus bersikap sederhana.. jgn seskeli ckp besar tu takbur namanya.

    amat suka byk pelakon baru dan lama bila bergandingan akan nmpak watak yg d bawa tu hidup dan menjadi

  4. ohcikgu says:

    tu dia. kena sebijik pada zed.
    ohcikgu recently posted..Robot Power Rangers Malaysia – Metrobot

  5. APAN says:

    bila la nak hbis tah kalau masing2 dok balas pantun…mmg ramai yg akan sokong haron mustapha ni…tp udah2 la.dia bls sikit, mcm2 orang tulis.haha…
    APAN recently posted..Pusat Dobi Layan Diri

  6. rahimah says:

    sekolah ke tak sekolah…..peminat punya suka la nak undi sape….hm…hm…ada peminat? vote la.

  7. titan says:

    ambik..makan dalam punya tu..
    titan recently posted..Bukan aku tak suka kena kiss..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold