Video + Nokia Cipta Tatoo dan Pelekat Bergetar di Badan

Pelik pelik lagi..ni cerita pasal Nokia sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal yang mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat yang boleh bergetar apabila pemilik telefon menerima panggilan atau sms. Tatoo dan pelekat itu mempunyai dakwat khas yang bernama ferromagnetik yang ditanam pada tatoo itu, kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari model telefon Nokia yang terpilih.

Bagi pemilik telefon yang tidak dibenarkan memakai tatoo mereka boleh memilih untuk menggunakan pelekat yang boleh ditanggalkan pada bila bila masa saja. Nokia ni memang dah tahu pelanggan yang muslim tak boleh pakai tatoo..jadi disediakan pelekat pula.

Pemilik tatoo itu bebas untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya sebagaimana telefon bimbit biasa. Tatoo atau pelekat tersebut turut bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.

Pelekat dan tatoo ini memberi kebebasan kepada pemilik telefon contohnya, mereka boleh menetapkan nada dering yang berbeza kepada kenalan yang berbeza, serta  boleh bergetar dengan cara yang berbeza apabila pemilik telefon mendapat email, ataupun berita.

video

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Video + Nokia Cipta Tatoo dan Pelekat Bergetar di Badan”

  1. akubiomed says:

    Ini dikatakan inovasi yang dapat memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik.
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tonton

  2. APAN says:

    pandai nokia buat bisness…tengoklah nanti sambutan mcm mana :)
    APAN recently posted..Aksi Terlampau Si Tembam Lu Hao

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold